10 Aplikasi Yang Perlu Ada Untuk Menjalani Bulan Ramadhan Dengan Lebih Produktif

Bulan puasa atau bulan Ramadhan/Ramadan sememangnya menguji kesabaran hamba-Nya untuk menjalani ibadah puasa seharian selama sebulan. Di saat kita menjalani ibadah puasa, pasti ada waktu senggang atau waktu lapang yang kita boleh isikan dengan benda berfaedah. Berikut ialah aplikasi yang perlu anda muat turut bagi menjalani bulan Ramadhan ini dengan lebih produktif. Klik pada nama aplikasi untuk pautan muat turun.

1. iQuran

Aplikasi iQuran dan Ayah

Bulan Ramadhan ialah bulan Al-Quran, jika tiada quran fizikal, pastikan anda mempunyai aplikasi Al-Quran di telefon anda supaya anda boleh membaca di mana-mana anda berada ketika mempunyai masa terluang (cliché = Jangan baca dalam tandas). Walaupun iQuran adalah aplikasi yang tidak dikemas kini setelah sekian lama, namun iQuran adalah pilihan yang lebih baik kerana mempunyai terjemahan ketika membaca Al-Quran. Memahami apa yang kita baca adalah lebih utama dari sekadar mengejar kuantiti yang dibaca.

Alternatif Percuma: Ayah dan Muslim Pro

 

2. Muslim pro/Iman pro

Aplikasi Muslim Pro dan Iman Pro

Kadang-kadang kita terlupa yang solat itu lebih utama dari segi keutamaan. Solat dan berpuasa, kedua-duanya ialah wajib. Tapi jika kita ingin mendidik anak kecil, utamakan solat, jangan paksa mereka berpuasa jika mereka belum selesai bahagian solat.

Kita juga lupa solat fardhu itu lebih penting dari solat sunat (iaitu solat terawih). Maka adalah agak ironi jika kita mengutamakan terawih daripada solat fardhu. Muslim Pro dan Iman Pro adalah aplikasi yang menyeluruh dengan mempunyai waktu solat, mathurat (Iman Pro), tasbih, doa-doa, kompas dan juga quran (Muslim Pro). Pastikan anda solat di awal waktu di setiap waktu, jangan hanya digunakan untuk mengetahui waktu solat Magrib sahaja (waktu berbuka)!

Lihat juga cara untuk menambah waktu solat pada Notification Center menggunakan aplikasi di atas. Klik pada pautan ini.

Alternatif Percuma: Iman

 

3. Streak/Habit list

Aplikasi Habit List dan Streak

Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita menyemai tabiat yang baru. Aplikasi ini membantu anda untuk menjejak habit-habit yang anda mahu bina. Contohnya solat berjemaah sekali sehari? Membaca satu muka surat Al-Quran berserta maksud selepas solat fardhu? Berjalan 10,000 langkah setiap hari? Saya menyarankan kedua-dua aplikasi ni kerana masing-masing ada kelebihan tersendiri. Secaral peribadi, aplikasi Habit List lebih bagus kerana boleh letak sebanyak ‘habit’ yang anda mahukan. Aplikasi Streak pula lebih fokus kerana hanya membenarkan 6 ‘habit’. Streak mempunyai kelebihan lain seperti auto detection. Contohnya anda nak berjalan sekurangnya 10,000 langkah sehari, akan ada progress ring pada aplikasi tersebut menunjukkan berapa langkah yang kita dah jalan manakala Habit List tidak mempunyai ciri tersebut.

 

4. Day One

Aplikasi Day One

Menulis jurnal adalah benda yang paling saya sarankan. Kita sebagai manusia tidak akan sempurna. Saya yakin mesti ada yang nak khatam bila ramadhan tetapi gagal. Nak cuba untuk tidak tidur berlebihan tetapi tewas juga dek kerana kepenatan. Menulis jurnal dapat membantu kita untuk sentiasa muhasabah dengan hari-hari kita. Ianya juga tempat untuk kita meluahkan apa-apa yang terbuku di hati tanpa perlu di baca oleh orang lain. Tidak semua benda perlu di kongsi di media sosial. Dengan menulis jurnal, anda boleh lihat dan baca semula pada tahun depan untuk memperbaiki diri anda menjadi lebih baik daripada tahun sebelum ini.

Alternatif Percuma: Evernote

 

5. AutoSleep

Aplikasi AutoSleep

Aplikasi ni perlu di gunakan dengan Apple watch. Auto sleep akan menjejak tidur anda dengan sangat tepat. Setakat ni saya sangat berpuas hati dengan aplikasi ini. Tidur yang cukup juga adalah kunci kepada produktiviti pada bulan ramadhan.

Alternatif Percuma: Apple Health App (dah ada pada iOS sekali)

 

6. IFTTT

Aplikasi IFTTT

IFTTT sangat berguna untuk pelbagai kegunaan. Antaranya aplikasi ni boleh hantar email setiap pagi kepada anda dengan apa yang anda dah tulis (sangat sesuai untuk dijadikan peringatan harian). Anda juga boleh simpan artikel-artikel menarik yang anda jumpa di Twitter/Facebook untuk dibaca kemudian. Tujuannya ialah supaya kita tidak membuang masa terlalu banyak pada aplikasi media sosial. Biasanya masa terbuang bila kita buka satu artikel lepas tu buka artikel lain yang nampak menarik. Artikel boleh disimpan pada Safari ‘read later’ atau aplikasi percuma seperti Instapaper, Pocket atau Evernote. Tiada alasan lagi untuk anda membuang masa di media sosial!

 

7. Due

Aplikasi Due

Apple Reminders yang sedia ada pada iOS sudah mencukupi bagi pengguna biasa. Tetapi untuk mendapatkan kawalan yang lebih bagus, aplikasi Due adalah pilihan yang tepat. Aplikasi ini mempunyai pelbagai setting dan pilihan bunyi.

Tips: Cuba buat satu reminder, snooze setiap minit dan notifications dengan bunyi ‘Samba Whistle’, confirm annoying dan akan buat task yang kita dah tetapkan itu (baca quran, solat di masjid, menulis, membaca etc)

Alternatif Percuma: Apple Reminders (ada pada homescreen peranti masing-masing)

 

8. Forest

Aplikasi Forest

Jika Due atau Apple Reminders adalah untuk mengingatkan kita untuk melakukan sesuatu tugasan. Aplikasi Forest pula ialah untuk kita memfokus pada tugasan kita. Kedua-dua aplikasi ini menggunakan teknik Pomodoro. Forest adalah pilihan yang terbaik untuk anda fokus kerana jika anda cuba untuk menggunakan iphone anda, aplikasi tersebut akan memberi amaran untuk kita menyambung membuat kerja. Jika kita tidak menghiraukan warning tersebut, ‘pokok’ yang di tanam tidak akan menjadi dan terpaksa ditanam semula!

Alternatif Percuma: Be Focused

 

9. Nuzzel

Aplikasi Nuzzel

Benar puasa sangat memenatkan. Mungkin ramai yang memilih untuk menggunakan telefon dengan melayari media sosial bagi membuang masa. Tapi, bukankah Ramadhan adalah bulan untuk kita kurangkan benda-benda sebegini? Nuzzel ialah aplikasi terbaik jika anda mahukan informasi penting yang dikongsi oleh rakan2 anda. Aplikasi ini akan tunjukkan feed yang paling banyak dikongsi oleh rakan anda. Dengan ini anda tidak ketiggalan walaupun anda sudah membuang aplikasi Facebook/Twitter!

 

10. Hiburan!

Mesti anda akan berasa penat atau bosan juga akhirnya ketika berpuasa ini. Di samping kita mempertingkatkan ibadah jangan lupa untuk berhibur sedikit tapi janganlah sampai melalaikan untuk membuat ibadah yang wajib mahupun yang sunat. Sekadar untuk melepaskan tekanan dan penat lelah setelah bekerja seharian pada waktu yang sekejap sahaja. Di sini adalah beberapa aplikasi permainan yang saya sarankan:

– Threes – RM12.90 atau Percuma

– Alto’s Adventure (diskaun) – RM3.90

– Monument Valley – RM16.90

– Mini Metro (diskaun) – RM3.90

– Lumino City (diskaun) – RM3.90

– Leo’s Fortunes (diskaun) – RM3.90

 

Akhir kata, selamat berpuasa dan semoga bulan Ramadhan kali ini lebih baik untuk kita semua.

In shaa Allah!

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *