10 Info Dan Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Apple File System (APFS)

Dengan kemas kini iOS 10.3 yang telah dilepaskan dengan secara rasminya kepada puluhan juta peranti iOS di seluruh dunia, kesemua peranti yang membuat kemas kini iOS 10.3 akan menggunakan sistem fail terbaru iaitu APFS yang dibangunkan oleh Apple sendiri. Dalam artikel Apakah Yang Terbaru Pada iOS 10.3? ada membincangkan tentang APFS ini dan apakah yang dimaksudkan dengan APFS ini? Baca penerangan di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

1. Apple File System

APFS merupakan singkatan kepada Apple File System. Ia merupakan sistem fail yang menggantikan sistem fail HFS+ sebelum ini dan akan digunakan pada kesemua peranti iOS, watchOS, tvOS dan macOS – yang meliputi peranti iPhone, iPad, iPod, Apple Watch, Apple TV dan komputer Mac.

Buat masa sekarang, sistem operasi iOS 10.3 sahaja yang umum menggunakan APFS.

2. APFS Dibangunkan Untuk Kesemua Peranti Platform Apple

Sistem fail HFS+ mula diperkenalkan dalam tahun 1998 dan berusia hampir 20 tahun yang muIa muncul dalam era komputer Mac dan agak susah untuk dibangun dan digunakan dengan peranti terkini seperti iPhone, Apple Watch dan Apple TV.

Dalam tempoh 20 tahun, banyak perubahan yang dilakukan. Daripada hard drives kepada SSD, pemasangan daripada cakera padat boleh rakam (CD) kepada pemasangan muat turun dan storan simpanan yang disimpan dalam storan awan.

3. Mengoptimasikan File/SSD Storage Peranti

Hampir kesemua peranti terbaru yang dijual sekarang oleh Apple menggunakan flash storage termasuklah komputer Mac. APFS direka untuk lebih efisyen dengan flash storage dan membuatkan read and write untuk data lebih pantas.

4. Snapshots dan Clones

Dua ciri dan fungsi dalam APFS ialah snapshots dan clones.

Snapshots are a single, point-in-time, read-only instance of the file system.

Using Clones, APFS will be able to create quick copies of the same volume without occupying additional storage space.

5. Low Latency Membuatkan Peranti Yang Menggunakan APFS Lebih Pantas

APFS memfokuskan kepada low latency dimana ia akan membuatkan proses menjadi lebih pantas contohnya ketika membuka dan menutup aplikasi. Ia juga membuatkan pemindahan data daripada komputer menjadi lebih pantas.

6. Free Flowing Partitions

Jika anda pengguna komputer Mac yang menggunakan partitions, APFS akan mengubah sedikit data. Jika satu partitions tidak mempunyai ruang, APFS akan automatik menggunakan ruang daripada partitions yang lain.

7. Penyulitan Data Diutamakan.

APFS direka dengan penyulitan data (encryption) sebagai fungsi utama. Ia menyokong kedua-dua penyulitan single key dan penyulitan multi-key.

8. Future Proof

HFS+ supported 32-bit file IDs. APFS supports up to 64-bit inode numbers. APFS is designed to be future proof and it will only get better with future updates. – malas nak terjemahkan…

9. Menambahkan Kapasiti Storan Peranti

Apple File System ini akan mengoptimasikan file/SSD storage peranti yang secara teknikalnya akan menambahkan kapasiti storan peranti setelah saiz sistem operasi iOS dikurangkan.

Seperti yang dilaporkan, Peranti iPhone 32GB boleh mendapatkan semula sehingga 3GB setelah saiz sistem operasi iOS dikurangkan dan dioptimasikan. Peranti yang lebih besar boleh mendapat sehingga 7GB.

10. APFS Untuk Komputer Mac Masih Dalam Versi Beta

Semasa versi iOS mula menggunakan Apple File System ini, versi Mac sedang dicuba untuk mengunakan APFS dan Apple mendapati APFS jauh lebih sukar untuk digunakan pada peranti Mac dimana sistem operasi iOS ialah sistem fail tertutup manakala sistem operasi Mac pula ialah sistem fail terbuka.

Anda Patut Mengemaskini Kepada iOS 10.3

Buat masa sekarang, kemas kini iOS 10.3 sahaja yang membolehkan anda mengakses dan menggunakan APFS sini. Walaupun ia merupakan sistem fail yang baharu, anda patut untuk kemas kini. Kemas kini ini telah dicuba dan diuji dalam tempoh berminggu oleh pengguna berdaftar dan juga pembangun yang berdaftar untuk memberi maklum balas kepada Apple sebelum dilepaskan kepada pengguna umum. Bagi yang ingin membuat kemas kini, anda disarankan untuk membuatnya di iTunes menggunakan proses Restore dan membuat simpanan terlebih dahulu sebelum nasib buruk berlaku seperti akan ada data yang hilang.

Sumber artikel: iPhoneHacks

 

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *