2 Tips Mudah Untuk Mendapatkan Semula Storan Pada Peranti Anda

Baru seminggu lebih Tim Coook membeli iPhone milik beliau tapi kapasiti storannya hampir penuh, popup notification tak habis-habis mengingatkannya untuk membersihkan storan supaya gambar boleh diambil atau aplikasi boleh didownload. Tim coook berang juga dengan popup yang tak habis-habis ni. Padahal dia sudah membeli iPhone storan 128GB. Dia dah cuba membuang banyak gambar swafoto dan video beliar bersiar-siar, tetapi popup itu tetap tidak hilang juga. Apa lagi, terus buka laman web Apple User Group.my

“Recently Deleted”

Ramai yang tidak tahu selepas gambar atau video di buang dari aplikasi Photos, gambar dan video tersebut masih tersimpan di dalam folder ‘Recently Deleted’. Ini kerana jika ada kesilapan semasa membuang, gambar tersebut masih boleh didapati dan dikembalikan. Namun bagi mereka yang betul-betul ingin membuang gambar tersebut, buntu apabila popup notifications masih juga muncul. Ini kerana, kita perlu pergi ke folder Recently deleted dan mengosongkan folder tersebut. Selepas itu barulah gambar tersebut hilang dan storan telefon dapat dikosongkan. Terutamanya bagi pengguna yang veteran, mereka tidak tahu akan keperluan membuang gambar-gambar di sini.

 

1.Cari album ‘Recently Deleted‘, jika ada angka, bermakna gambar masih belum di buang sepenuhnya dan masih mengisi storage telefon anda.

2.Tekan ‘Select’ atau ‘Pilih’.

3.Tekan ‘Delete All’. Jika ada gambar yang tak jadi di buang anda boleh pilih gambar tersebut secara individu.

4. Tekan sekali lagi sebagai keputusan muktamad kerana selepas ini gambar tersebut akan hilang sepenuhnya dari iPhone anda.

5.Gambar atau video sudah lagi tiada, bermakna, storage anda hanya akan bertambah selepas folder ini kosong.

“Trik iTunes Movies Rental”

Cara kedua mungkin ramai yang tidak tahu, nama trik ini “Trik iTunes rental movie”. Trik ni mula menjadi popular pada tahun lepas setelah dikongsikan oleh CNET. Anda boleh rujuk pada link tersebut jika anda inginkan melihat tutorial asal, atau boleh baca selanjutnya seperti screenshot di bawah yang akan di terangkan langkah demi langkah.

1. Gambar screenshot baki simpanan telefon asal, ada 942MB.

2.Pergi ke aplikasi iTunes Store

3.Pergi ke bahagian Filem/Movies

4.Pastikan SAIZ filem LEBIH BESAR dari baki simpanan telefon anda. Contoh movie ini bersaiz 5.57GB

5.Tekan Rent/Sewa

6.Tekan sekali lagi. (Butang itu bertukar dari Rent -> RENT HD MOVIE)

7. Tunggu sehingga popup seperti di bawah keluar di skrin anda (boleh tekan ‘OK’ atau ‘Setting’)

8.Semak baki storan telefon anda (sudah bertambah 200MB). Ulang proses yang sama untuk beberapa kali.

9.Kali kedua baki storan telefon melonjak sehingga 2.0GB

10.Kali Ke-3 hanya 100MB. Boleh ulang proses ini sehingga tiada perubahan pada baki storan telefon anda.

Ada keburukan ke buat trik ni? Yang seronoknya ia tiada keburukan, Apple tidak membuang gambar atau lagu anda secara senyap-senyap. Most likely peranti anda hanya membuang cache yang tidak perlu. Selamat mencuba!

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *