6 Ciri Yang Apple Telah Hapuskan Pada Macbook Pro Baharu

Komputer Macbook Pro yang baharu dengan mempunyai Touch Bar dan Touch ID telah mendapat pelbagai pandangan, reaksi dan respon oleh semua pengguna samada positif mahupun negatif. Berikut adalah 6 ciri yang Apple telah hapuskan pada komputer Macbook Pro tersebut.

1. MagSafe Connector

– mula diperkenalkan oleh Steve Jobs pada Januari 2006 untuk Macbook Pro yang tidak membuatkan komputer terjatuh apabila kabel pengecas ditarik atau tersepak dan sebaliknya akan tercabut daripada komputer. Di samping itu, MagSafe juga mempunyai lampu LED yang berfungsi untuk memberitahu komputer tersebut sedang mengecas atau sudah habis namun, Apple telah mempatenkan penyesuai MagSafe untuk USB-C baru-baru ini.

 

2. Logo Apple Menyala

– jika anda melihat dari jauh, sudah pasti dengan mudahnya boleh mengenali pengguna Macbook yang duduk di Starbuck.

 

3. USB Type A 3.0

– digantikan dengan USB-C, tidak boleh disambungkan dengan external hard disk/pendrive USB type A dan perlu membeli penyesuai (adapter).

 

4. Tempat Kad SD

– jurugambar dan penyunting video sudah pasti akan susah untuk memindahkan fail media dari kad SD yang ditangkap/dirakam pada kamera ke Macbook dan perlu membeli penyesuai.

 

5. Plastic Hinges

– merupakan salah satu ikon/rupa Macbook tapi akan rapuh dalam masa yang panjang.

 

6. Power Adapter Extension Cable

– Macbook Pro terbaru hanya akan mendapat kabel USB-C sepanjang 2 meter dan pengecas, tidak ada kabel tambahan.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *