6 Syarikat Yang Masih Bergantung Dengan Apple Untuk Hasil Jualan Mereka

Sebelum ini, Apple telah mengumumkan akan berhenti menggunakan produk cip grafik daripada Imagination Technologies yang memberi kesan impak buruk kepada syarikat tersebut sehinggakan saham telah jatuh menjunam kepada 70%, mengurangkan nilai pasaran yang bernilai jutaan dollar.

Kebiasaannya apabila pembayaran royalti dari Apple kepada syarikat yang sememangnya bernilai sehingga separuh daripada pendapatan syarikat dan ia bukan satu-satunya syarikat yang hanya bergantung kepada perniagaan untuk Apple.

Statista berkongsikan carta di bawah menunjukkan syarikat yang masih bergantung dengan Apple untuk hasil jualan mereka:

Selain dari Imagination Technologies, terdapat juga laporan oleh penganalisis bahawa Apple akan menamatkan kontrak pembekal Dialog Semiconductor untuk membangunkan sendiri cip pengurusan tenaga bagi peranti iOS pada tahun 2019 akan datang. Selain itu, pembekal Synaptics juga turut dilaporkan akan menerima nasib yang sama.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *