6 Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Pada tanggal 5 Mei 2011, sejarah telah tercipta dengan agungnya. Nama Apple User Group (Malaysia)® didaftarkan secara rasminya di Facebook Group. Tujuan utamanya ialah, untuk menghimpun dan mengumpulkan seluruh pengguna Apple di Malaysia bagi membincangkan masalah, memberi info, membuat tutorial dan panduan mengenai produk Apple supaya dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam penggunaan produk Apple ini.

Bermula dengan seorang ahli dan hari ini juga telah mencapai 100 ribu lebih ahli untuk Facebook Group (termasuklah di ahli di akaun sosial yang lain), adalah tidak mudah untuk mendapat kejayaan ini tanpa sokongan dari anda semua. Kami senantiasa menekankan konsep kualiti dan bukan kuantiti, nombor bukanlah satu penanda aras untuk mengukur suatu kejayaan.

Ini kerana kami menjaga Apple User Group (Malaysia)® seperti anak kami sendiri namun adalah tidak mudah sebenarnya untuk menjaga 100 ribu lebih ‘cucu’. Walaupun tiada bayaran satu sen, dengan sokongan padu anda semua tidak menghalang untuk mencapai apa yang telah kecapi ini. Terima kasih buat kalian semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung telah membantu Apple User Group (Malaysia)® untuk mencapai kejayaan ini.

Pada mulanya ditubuhkan di Facebook Group, kini Apple User Group (Malaysia)® mempunyai akaun sosial yang lain seperti di bawah bagi membolehkan kesemua ahli serta yang bukan ahli yang berfungsi sebagai hub perkongsian bagi memastikan ahli dapat mengetahui info dan maklumat secara pantas, terkini, tepat, dan mutakhir. Semua akaun ini ditadbir oleh krew Apple User Group (Malaysia)® sendiri.

● Facebook Page – Apple User Group – Malaysia

 

● Facebook Group – Apple User Group (Malaysia)®

 

● Twitter – @augdotmy

 

● Instagram – @aug.my

 

● Telegram – @augdotmy

 

● Youtube – Apple User Group (Malaysia)®

6 tahun, kami tidak berputus asa sehinggakan dapat membuat laman sesawang ini untuk anda semua. Walaupun kami masih baru dalam bidang ini, ia tidak terhalang untuk memberikan maklumat dan informasi kepada anda semua. Tiada kepentingan pun bagi kami malah keuntungan, bantulah kami untuk menjaga nama baik Apple User Group (Malaysia)® ini daripada diburukkan, dicerca, dihina oleh anasir-anasir luar mahupun dari dalam.

Sokongan anda merupakan nadi yang penting untuk nama Apple User Group (Malaysia)® berdiri dengan teguh, senantiasalah menyertakan sokongan dan membantu Apple User Group (Malaysia)® supaya lebih dikenali untuk dijadikan sumber utama bagi pengguna Apple di seluruh Malaysia.

Sekali lagi, kami dari pihak krew (admin dan moderator) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Apple User Group (Malaysia)® yang telah bersama-sama untuk membantu dan memberikan kekuatan untuk menaikkan nama Apple User Group (Malaysia)® di seluruh Malaysia. Tiada anda semua, tidak mungkin Apple User Group (Malaysia)® akan kekal selama ini.

Tidak lupa, ikutilah akaun sosial Apple User Group (Malaysia)® yang lain kerana kami menggunakan ia sebagai hub perkongsian artikel tutorial, berita, panduan, tips, info dan maklumat seperti laman media dan berita yang lain kepada semua ahli dengan lebih pantas.

 

Terima kasih semua.

 


p.s: Mohon maaf juga bagi ahli yang lambat dimasukkan ke dalam Facebook Group, ini kerana kami memeriksa satu per satu akaun yang meminta masuk demi menjaga kualiti dan suasana dalam Group Apple User Group (Malaysia)®. Sekali lagi kami ingin ingatkan, servis mesej secara peribadi (DM) di Twitter, kami sudah tidak menerima dan membalasnya. Ini disebabkan kami ingin memfokuskan pada mutu dan kualiti laman sesawang ini serta akaun sosial yang lain. Kami harap anda paham.

Oh ya, kami juga membuka pengiklanan di laman sesawang ini. Sebarang pertanyaan boleh dibuat pada emel: hello@aug.my

One thought on “6 Tahun

  • May 6, 2017 at 12:41 am
    Permalink

    The best group ever admin…1 je hope admin dpt pantau yg jual iphone id lock…ada kdai yg jual idlock bermakna ada yg support kegiatan memcuri ni..just suggestion admin..apa pn 👍👍 trbaik!!!

    Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *