6 Warna Terbaru Casing iPhone 7 dan iPhone 7 Plus Dikeluarkan

Dengan warna terbaru edisi terhad iPhone 7 dan iPhone 7 Plus berwarna merah, Apple juga turut mengemaskini dan mengeluarkan 6 warna terbaru bagi casing untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.  6 warna casing tersebut dipisahkan kepada 3 versi getah dan 3 versi kulit + nama yang agak pelik.

Casing versi getah boleh didapati untuk variasi warna Azure, Camelia dan Pebble – atau warna biru muda, coklat muda dan merah jambu. Variasi warna untuk casing versi kulit pula ialah taupe, sapphire dan berry – dua warna terakhir masing-masing ialah biru gelap dan merah gelap.

Harga casing ini masih harga yang sama seperti warna yang lain sebelum ini. Untuk versi getah, harga bermula dengan RM169 dan versi kulit bermula dengan harga RM209 mengikut jenis peranti iPhone masing-masing.

Tambahan warna ini menjadikan jumlah sepenuhnya kepada 12 warna untuk versi getah dan 10 warna untuk versi kulit. Bagi yang berminat, boleh membeli di laman sesawang Apple atau di AASP (tunggu kemas kini oleh mereka).

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *