Apple

Akaun YouTube Apple Support Dilancar Menawarkan Video Tutorial Berkaitan iOS Kepada Pengguna

Apple telah melancarkan dengan rasmi untuk akaun YouTube rasmi bagi Apple Support, yang akan memuat naik siri video tutorial mengenai dan berkaitan iOS. Ini ialah untuk memudahkan pengguna baharu dengan peranti iPhone, iPod dan iPad memahami cara penggunaan peranti mereka.

Mula dijumpai oleh pengguna Reddit, akaun YouTube Apple Support ini telah didaftarkan pada 5 Oktober lepas tapi telah diaktifkan semalam apabila akaun tersebut memuat naik sebanyak 10 video pendek pertama menerangkan cara dan bagaimana untuk suatu pengguna yang terdapat pada iOS.

Akaun YouTube ini melengkapkan senarai akaun sosial bagi membantu pengguna seperti akaun pada laman Twitter yang dibuat pada Mac 2016, termasuklah aplikasi Apple Support untuk iOS dan laman web rasmi Apple Support.

Akaun YouTube rasmi Apple Support boleh dilayari di sini dan pastikan juga untuk subscribe akaun YouTube rasmi Apple User Group (Malaysia)® di sini.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.