Aksesori Dok Pengecas Untuk Apple AirPods Diperkenalkan

Setiap produk, seharusnya (tak wajib pun) mempunyai aksesorinya sendiri. Kini, Elago telah memperkenalkan produk aksesori dok pengecas untuk Apple AirPods. Sebelum ini mereka memperkenalkan produk aksesori dok pengecas untuk iPhone dan Apple Watch yang berbentuk seperti Macintosh Klasik.

Elago M4 dan Elago W3

Dengan dok pengecas ini, anda boleh meletakkan kabel pengecas Lightning dan meletakkan kotak pengecas Apple AirPods di atasnya. Direka untuk diletakkan di sebelah katil atau tempat yang biasa anda letak AirPods anda seharian dan diperbuat daripada bahan silikon.

Aksesori dok pengecas ini berharga $10.99 (~RM50+) dan boleh dibeli di laman jualan rasmi Lazada jika sudah dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Setakat ini, hanya Elago W3 sahaja yang sudah mula dijual, anda boleh lihat di pautan ini.

 

Sumber artikel: The Verge

Penafian: Advertorial oleh Lazada

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *