Anda Kini Boleh Melihat Instagram Stories Berdasarkan Lokasi Dan Hashtag

Pernah atau tidak untuk anda melihat suasana sesuatu tempat secara langsung dengan tanpa pergi ke sana? Kini, Instagram telah memperkenalkan ‘Story Search’ untuk tab Explore yang berfungsi dengan mengumpul kesemua Instagram Stories yang dilekatkan pelekat lokasi dan anda boleh melihat Stories oleh pengguna lain berdasarkan lokasi tersebut serta diseluruh dunia.

Dengan hanya taip lokasi pilihan pada tab Exploree, anda boleh lihat Instagram Stories oleh pengguna lain diseluruh dunia.

Dengan ciri ini, anda boleh melihat suasana dan keadaan yang berlaku pada sesuatu tempat berdasarkan Stories yang dikongsikan oleh pengguna lain. Instagram juga turut menambah ciri ini bagi pelekat hashtag pada Stories jadi anda boleh melihat Stories yang dibuat oleh pengguna lain berdasarkan hashtag tersebut.

Menambahkan pelekat lokasi atau hashtag pada Stories anda akan meletakkan Stories tersebut ke dalam kompilasi Stories yang lain berdasarkan lokasi atau hashtag yang ditambah itu. Bagi akaun Public (tidak set ke Private), jika anda mahu menambah lokasi atau hashtag tapi tidak mahu pengguna lain untuk melihat Stories anda, tekan pada ikon X untuk menyembunyikan Stories anda dari pengguna lain.

Instagram juga turut memperkenalkan ciri yang boleh menyembunyikan gambar atau video daripada akaun anda serta pengguna lain tidak akan nampak entri tersebut sehingga anda memilih untuk tidak menyembunyikannya.

 

Sumber: Instagram

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *