Anda Kini Boleh Menonton Video Youtube Ketika Melihat Mesej Pada Aplikasi Viber

Aplikasi permesejan Viber telah membuat kemas kini yang membolehkan pengguna menonton video Youtube yang diterima tanpa meninggalkan aplikasi tersebut, sama seperti fungsi ‘picture in picture’ pada peranti iPad. Dalam kemas kini versi 6.8.2 untuk iOS, apabila menekan pada pautan video Youtube yang dihantar atau diterima dalam perbualan, video tersebut akan timbul keluar dan boleh digerakkan ke mana-mana sahaja dan boleh membuat apa sahaja ketika dalam aplikasi tersebut.

Sebelum ini, menekan pada pautan Youtube akan membuat laman web Youtube di Safari atau membuka aplikasi rasmi Youtube. Video yang dimainkan dan boleh digerakkan itu mempunyai kawalan seperti Play/Pause bersama dengan butang tutup atau membuka skrin penuh.

Selain itu, dalam kemas kini ini juga membolehkan untuk melihat kali terakhir membuka aplikasi berdasarkan kenalan.

 

Aplikasi Viber boleh dimuat turun secara percuma di App Store: [Klik pautan ini]

 

Sumber artikel: iDownloadblog

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *