Apple Info iPhone

Animoji iPhone X Mencetuskan Fenomena Di Media Sosial

Animoji

Animoji iPhone X mencetuskan fenomena di media sosial. Animoji (animasi emoji) merupakan salah satu fungsi baharu oleh Apple yang hanya ada pada iPhone X setakat ini. Ia menggunakan fungsi kamera TrueDepth yang ada pada iPhone X untuk mengecam ekspresi wajah dan pengguna boleh menterjemahkannya kepada berpuluh-puluh Animoji yang ada.

Fenomena Animoji yang diberi nama Animoji Karaoke ini dicetuskan oleh Harry McCracken, salah seorang daripada editor teknologi Fast Company. Harry menggabungkan Animoji arnab dan ayam untuk menghasilkan video karaoke seperti di bawah.

Susulan dari itu, ramai pengguna iPhone X mula mencipta Animoji Karaoke mereka tersendiri. Sehingga kini, lebih 3000 video disiarkan di laman sosial oleh para pengguna dan angka tersebut pastinya akan meningkat kelak apabila lebih ramai memiliki iPhone X.

Antara yang menarik ialah:-

Queen – Bohemian Rapsody oleh Mia Harrison

Happy Hippo – The Lion Sleeps Tonight

 

Anda juga boleh membuat Animoji Karaoke anda sendiri

Cara untuk membuat Animoji anda sendiri di iPhone X :

1. Buka aplikasi Mesej dan cipta mesej baharu atau pilih mana-mana mesej yang sedia ada

2. Tekan pada ikon App Store dan pilih Animoji 

3. Pilih Animoji pilihan anda.

4. Pandang kamera hadapan dalam bentuk menegak

5. Untuk mula merekod, tekan butang rakaman  dan untuk menghentikannya, tekan butang henti . Anda diberi masa 10 saat sahaja. *Untuk hanya merekod ekspresi Animoji tersebut dengan lebih lama, anda boleh gunakan fungsi rakaman skrin.

Gunakan aplikasi suntingan video seperti iMovie untuk menyerlahkan lagi kreativiti anda.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.