Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Panduan Lengkap Mengemaskini iOS 11

iOS 11 kini sedia dikemas kini dengan secara rasminya. Namun, sebagai pengguna umum termasuklah pengguna jailbreak, anda perlu tahu sebelum mengemaskini sistem operasi yang baharu ini. Sebelum itu, bagi pengguna yang tidak mahu membaca ayat yang panjang di bawah, berikut ialah ringkasan panduan:

1. iOS 11 tidak menyokong peranti 32-bit, peranti yang disokong ialah iPhone 5s ke atas, iPad mini 2 ke atas, iPad generasi kelima, iPad 9.7-inci terbaru, kesemua iPad Air, kesemua iPad Pro dan juga iPod touch 6 dan aplikasi 32-bit yang terdapat pada panel Settings > General > About > Aplications > App Compatibility.

2. iOS 11 ialah merupakan major update yang membawakan dan mempunyai pelbagai ciri dan fungsi baharu dan disarankan untuk dikemas kini menggunakan Restore iOS pada iTunes.

3. Membuat backup sebelum mengemaskini samada pada iCloud atau pada iTunes.

4. Aplikasi yang belum menyokong iOS 11 akan crash dan tidak berfungsi sepenuhnya dengan stabil.

5. Pengguna iOS 11 beta disarankan untuk membuat Restore iOS pada iTunes disebabkan sebelum ini hanya mengemaskini menggunakan OTA sahaja untuk menstabilkan iOS dan peranti.

6. Pengguna jailbreak tidak disarankan untuk kemas kini ke iOS 11 sebab masih belum ada lagi jailbreak.

Untuk memahami lebih lanjut panduan di atas, anda boleh membacanya di bawah ini. Bagi pengguna yang membaca mengunakan Instant Article pada Facebook, anda disarankan untuk membaca artikel ini pada pelayar web (Safari) atau pada komputer untuk lebih mudah dibaca dan dilihat.

 

1. Sokongan peranti dan aplikasi.

Sistem operasi iOS 11 ini menyokong sebanyak 22 peranti 64-bit dan 3 peranti 32-bit iaitu ialah iPhone 5, iPhone 5c dan iPad 4 tidak boleh mengemaskini ke iOS 11 ini. Peranti yang menyokong iOS 11 ialah bermula dari iPhone 5s ke atas, iPad mini 2 ke atas, iPad generasi kelima, iPad 9.7-inci terbaru, kesemua iPad Air, kesemua iPad Pro dan juga iPod touch 6.

Dalam erta ‘bahasa’ komputer dan peranti, maksud ‘bit’ tersebut ialah merujuk kepada unit pemprosesan pusat (CPU) dan bukanlah kapasiti storan peranti iaitu Gigabyte/GB. Jangan salah paham dan salah sangka.

iOS 11 juga telah menamatkan sokongan aplikasi 32-bit yang masih belum dikemas kini untuk sokongan peranti 64-bit dan pada iOS 11. Untuk ketahui aplikasi 32-bit atau 64-bit, anda boleh pergi (iOS 10.3 ke atas) ke panel Settings > General > About > Aplications > App Compatibility. Aplikasi yang terdapat pada panel tersebut tidak boleh dibuka dan digunakan selepas mengemaskini ke iOS 11 sehinggalah pembangun mengemaskini aplikasi itu bagi menyokong iOS 11.

 

2. Jenis kemas kini yang akan dilakukan.

Kemas kini sistem operasi iOS 11 ini ialah bercirikan kemas kini utama atau major update. Major update membawakan dan mempunyai pelbagai ciri dan fungsi baharu yang tidak dapat pada versi iOS sebelum ini. Oleh itu, major update ini memerlukan saiz kapasiti storan yang besar perlu dikosongkan (jika menggunakan storan 16GB, 32GB atau sudah penuh) untuk memuat turun kemas kini tersebut.

Major update ini adalah berbeza dengan minor update yang merupakan kemas kini kecil dan tidak banyak ciri yang ditambahkan. Minor update ialah lebih kepada penambahbaikan prestasi dan penampalan pepijat daripada versi sebelum ini.

Untuk ketahui perbezaan dan penerangan lebih lanjut kedua-dua jenis kemas ini, boleh dibaca pada artikel ini.

 

3. Cara kemas kini yang disarankan. 

Untuk mengemas kini sebarang versi iOS, ada 2 cara yang boleh dilakukan iaitu menggunakan Over-The-Air (OTA, Settings > General > Software Update) atau iTunes. Bagi sistem operasi iOS 11, cara yang disarankan ialah menggunakan iTunes disebabkan ia merupakan kemas kini utama atau major update.

Seperti yang diterangkan di atas, jika anda mahu menggunakan cara OTA, peranti anda perlu mempunyai saiz kapasiti storan yang besar perlu dikosongkan bagi memuat turun kemas kini iOS 11 ini.

Berbeza dengan menggunakan iTunes, pengguna tidak perlu membuang fail data untuk memuatkan saiz kemas kini yang akan dimuat turun. Selain itu, pepijat pada versi iOS sebelum ini juga akan dibuang semasa proses menggunakan iTunes ini (secara teori).

Perbandingan kedua-dua cara kemas kini ini ada pada artikel ini.

 

4. Klik ‘Restore’ dan bukan ‘Update’ pada iTunes (jika memilih Restore iOS pada iTunes).

Untuk mengemaskini menggunakan iTunes ini, pengguna perlu menggunakan cara Restore iOS iaitu proses yang membuang segala fail data pada peranti dan memasangkan sistem operasi iOS menggunakan fail IPSW seterusnya menyalinkan data daripada backup.

Jika anda menggunakan ‘Update’ pada iTunes, caranya ialah lebih kurang sama seperti mengemaskini menggunakan OTA iaitu pepijat versi iOS lama masih ada dan peranti iOS anda tidak stabil malah membazirkan masa untuk membuat Restore iOS pula.

Penerangan lebih lanjut Restore iOS dan Update iOS ini boleh dibaca di ini.

 

5. Auto IPSW dan Manual IPSW bagi Restore iOS.

Sama seperti anda membuat format komputer, peranti iOS anda akan lebih stabil untuk digunakan selepas membuat proses Restore iOS tapi pastikan membuat backup terlebih dahulu.

Ada dua cara Restore iOS yang boleh dilakukan. Jika anda pengguna yang tidak mahir menggunakan iTunes, anda boleh menggunakan cara Auto IPSW. Cara ini lebih mudah tapi lambat disebabkan proses muat turun fail IPSW pada iTunes.

Bagi pengguna yang mahir akan penggunaan iTunes dan muat turun fail IPSW, anda boleh menggunakan cara Manual IPSW yang lebih cepat untuk proses muat turun fail IPSW pada laman web.

 

6. Versi iTunes yang menyokong iOS 11.

Seperti yang sedia maklum, versi iTunes 12.7 ada membuang panel Apps dan juga App Store. Bagi yang ingin membuat kemas kini iOS 11 ini, anda boleh menggunakan versi 12.6.2.20 (sekurangnya) untuk membuat kemas kini iOS 11 menggunakan iTunes.

Anda tidak perlu untuk mengemaskini ke versi 12.7 jika tidak mahu hilang panel Apps dan App Store.

 

7. Membuat simpanan data pendua (backup).

Mempunyai simpanan data pendua adalah perlu dibuat sebelum membuat sebarang kemas kini. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang data yang hilang semasa proses kemas kini tersebut dan boleh membuat Restore Backup. Sekiranya anda membuat kemas kini iOS 11 menggunakan Restore iOS pada iTunes di atas, anda boleh membuat backup pada iTunes sebelum membuat kemas kini iOS 11 ini (ada ditunjukkan dalam video tutorial di atas).

Bagi pengguna yang ingin membuat kemas kini menggunakan OTA, anda boleh membuat backup pada iTunes atau pada iCloud ataupun kedua-duanya sekali. Sekiranya anda mempunyai internet Wi-Fi berkelajuan tinggi dan melanggan storan iCloud bulanan, boleh membuat backup pada iCloud dengan pergi (ikut versi iOS) ke panel Settings > iCloud > iCloud Backup atau Settings > Apple ID (atas sekali) > iCloud > iCloud Backup.

Bagi yang mempunyai internet Wi-Fi kelajuan rendah, boleh membuat backup pada iTunes. Backup pada iTunes ini ialah merupakan simpanan data penuh, bermaksud anda tidak boleh memilih fail data yang mahu dibuat backup seperti iCloud. Selepas siap kemas kini, buat ‘Restore from iCloud or iTunes backup’ mengikut pilihan anda.

Perbandingan dan penerangan lebih lanjut membuat salinan data pendua (backup) untuk iCloud dan iTunes boleh dibaca di sini.

 

8. Aplikasi crash/tidak berfungsi dengan lancar (bukan 32-bit).

Apabila anda mengemas kini suatu versi sistem operasi, ada aplikasi atau perisian tidak boleh berfungsi seperti sebelum ini atas faktor belum dikemas kini untuk sokongan pada versi sistem operasi tersebut. Setelah anda mengemas kini ke iOS 11 ini, akan ada terdapat aplikasi yang crash atau tidak berfungsi sepenuhnya dengan lancar.

Ini adalah disebabkan, aplikasi tersebut (ialah 64-bit tapi) masih belum dikemas kini untuk menyokong iOS 11 ini. Oleh itu, sebagai pengguna perlu menunggu dengan sabar untuk aplikasi tersebut dikemas kini oleh pembangun untuk sokongan pada iOS 11. Selepas mengemaskini iOS 11, selalu periksa pada App Store untuk ketahui sekiranya terdapat kemas kini aplikasi untuk membolehkan aplikasi tersebut digunakan dan berfungsi dengan lancar.

Penerangan lebih lanjut mengenai masalah ini terdapat pada artikel ini.

 

9. Pengguna iOS 11 Beta sebelum ini.

Pengguna iOS 11 versi Beta sebelum ini, anda disarankan untuk membuat proses Restore iOS pada iTunes, ini kerana semasa versi Beta yang dikeluarkan anda hanya mengemaskini menggunakan OTA sahaja.

Walaupun versi iOS 11 Golden Master ialah sama seperti yang akan dilepaskan dengan rasmi kelak, tapi disarankan untuk membuat proses Restore iOS pada iTunes bagi menstabilkan kembali peranti dan sistem operasi setelah hampir berbulan dikemas kini menggunakan OTA.

Bagi pengguna versi Beta yang telah membuat Restore iOS pada iTunes dan tidak lagi mahu menerima kemas kini versi Beta untuk akan datang, boleh membuang profil Beta pada Settings > General > Profile.

Penerangan OTA vs Restore iOS pada iTunes boleh dibaca pada artikel ini.

 

10. Pengguna jailbreak.

Bagi pengguna peranti jailbreak yang mahu membuat kemas kini iOS 11 ini, anda perlu membuat demikian dengan menggunakan Restore iOS pada iTunes samada cara Auto IPSW atau Manual IPSW. Ini kerana, sistem jailbreak telah membuat halangan untuk menerima sebarang kemas kini melalui Over-The-Air (OTA).

Jika anda mahu mengemaskini juga, jailbreak yang sedia ada akan dibuang. Buat masa sekarang ini masih belum ada lagi untuk jailbreak pada iOS 11. Bagi yang mahukan jailbreak, disarankan untuk kekal pada versi iOS yang digunakan sekarang dan tunggu sekiranya jailbreak sudah dilepaskan, barulah anda membuat kemas kini serta membuat jailbreak sekali.

 

11. Nyahaktifkan tetapan tertentu dan ingat akaun serta kata laluan Apple ID/iCloud ID/ID lain.

Terdapat sebahagian pengguna yang perlu menyahaktifkan tetapan seperti Restrictions, Find My iPhone sebelum membuat kemas kini. Bagi yang ingin membuat kemas kini menggunakan OTA, pastikan telah menyahaktif Restrictions pada Settings > General.

Selain itu, pastikan juga ingat akaun dan kata laluan Apple ID/iCloud ID/ID lain yang digunakan pada panel Settings > iCloud. Ini kerana, selepas proses mengemaskini akaun dan kata lalaun yang digunakan pada panel tersebut akan diminta untuk mengaktifkan peranti.

Bagi yang membuat kemas kini menggunakan Restore iOS pada iTunes di atas, semua maklumat ada diterangkan dalam kedua-dua video tutorial tersebut.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

19 thoughts on “Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Panduan Lengkap Mengemaskini iOS 11

  • September 20, 2017 at 2:57 pm
    Permalink

    Assalamualaikum,
    Dah buat backup tadi. Tp lepas resotre dan nak masukkan backup yg dibuat awal tadi dia minta password. X set password pun td. Bagaimana ye

    Balas
    • September 20, 2017 at 6:43 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam, tu password encrypt backup. Masa buat backup tu ada tak tick encrypt backup? Dalam video tutorial ada beritahu kalau mahu buat encrypt kena ingat password yang ditetapkan.

      Balas
      • September 21, 2017 at 9:31 am
        Permalink

        Haah dah tengok video tu semalam, masa buat backup memang untick bahagian tu. Itu yg pelik minta password

        Balas
        • September 21, 2017 at 10:04 am
          Permalink

          Pelik juga, ada yang jadi macam ni. iTunes guna version berapa?

          Balas
          • September 21, 2017 at 11:08 am
            Permalink

            v 12.7.0.166
            Ni cuba buat update manual ikut video. Tp bila nak restore backup akan keluar mcm gambar ni https://ibb.co/j7kfzQ

  • September 20, 2017 at 8:56 pm
    Permalink

    Saya ada pertanyaan.

    Saya update ios guna itunes. Check for update lepas tu terus click update, cara macam ni betul ke, ada effect apa2 tak dkt phone nanti? Dan perlu ke kena restore iphone semula. Dalam video tutorial tu tak sama dgn itunes saya.

    Balas
    • September 21, 2017 at 9:54 am
      Permalink

      Kalau buat Restore iOS tu dah cukup, iTunes akan buat Update iOS sekali kalau ada iOS yang terbaru & belum dipasang pada device.

      Balas
  • September 21, 2017 at 8:38 am
    Permalink

    Bagaimana nak delete attachment icloud email. Lepas delete email, attachment still ada lagi.

    Balas
    • September 22, 2017 at 2:45 pm
      Permalink

      Sori lambat reply, kena buat sign out akaun email ataupun tunggu 30 hari untuk delete secara automatik.

      Balas
  • September 21, 2017 at 12:56 pm
    Permalink

    Hai, nak tanya akan ada masalah tak kalau saya update dari iOS 8 ke iOS 11?

    Balas
    • September 22, 2017 at 2:30 pm
      Permalink

      Sori lambat reply, boleh dan tak ada masalah nak update. cuma disarankan untuk guna Restore iOS pada iTunes.

      Balas
  • September 22, 2017 at 6:51 pm
    Permalink

    Typing error: masalah

    Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *