Apakah Yang Terbaru Pada iOS 10.3?

Apple dengan secara rasminya telah melepaskan kemas kini terbaru iOS 10.3 yang hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi yang baharu kepada pengguna peranti iOS. iOS 10.3 terbaru ini merupakan major update ketiga bagi sistem operasi iOS 10 sejak dikeluarkan pada September 2016 lepas. Berikut adalah ciri dan fungsi terbaru yang ada pada kemas kini rasmi iOS 10.3:

1. Apple File System (APFS), Apple File System ini akan mengoptimasikan file/SSD storage peranti yang secara teknikalnya akan menambahkan kapasiti storan peranti setelah saiz sistem operasi iOS dikurangkan, ia juga akan membuatkan peranti lebih pantas (apabila membuka dan menutup aplikasi – berdasarkan pengalaman oleh pengguna lain).

Contohnya: Peranti iPhone 32GB boleh mendapatkan semula sehingga 3GB setelah saiz sistem operasi iOS dikurangkan dan dioptimasikan. Peranti yang lebih besar boleh mendapat sehingga 7GB.

2. Find My Airpods, fungsi ini ditambah dalam aplikasi Find My iPhone yang berfungsi untuk membantu pemilik Airpods mencari lokasi fon telinga dengan mengeluarkan bunyi berdasarkan lokasi terakhir yang diketahui semasa disambungkan kepada peranti melalui sambungan Bluetooth.

3. Panel iCloud/Apple ID mempunyai tab baharu di Settings, apabila anda membuka aplikasi Settings, terdapat panel iCloud/Apple ID di atas sekali yang membolehkan anda untuk membuat semakan peranti, melihat kapasiti storan iCloud dan sebagainya.

4. Antara muka paparan kod baharu, apabila anda memasukkan di pada Settings > Touch ID & Passcode / Passcode ia telah ditukar dari ‘Dashes’ kepada ‘Dots’ sama seperti paparan kod pada Lockscreen.

Selepas dan sebelum.

5. Panel TV Provider, ditambah di Restrictions untuk membenarkan atau tidak membenarkan sekatan saluran TV.

6. Anda tidak boleh menetapkan passcode 4 digit ke bawah, setiap passcode kini perlu ditetapkan 4 digit ke atas atas faktor sekuriti.

7. Boleh 3D Touch pada suhu di Maps, bagi yang menggunakan aplikasi Maps (ada ke?), anda boleh 3D Touch (peranti yang disokong sahaja) pada suhu kawasan yang anda berada di kanan bawah bagi melihat maklumat suhu dengan terperinci. Jika ditekan dengan kuat, ia akan membuka aplikasi Weather.

8. Kemas kini dan panel Carplay di Settings, anda boleh melihat aplikasi yang sudah digunakan, sokongan untuk memaparkan lokasi pengecas kereta elektrik dan panel di Settings > General > About.

9. Widget Podcast kini boleh ditambah di Notification Center.

10. Integrasi markah bagi sukan kriket, memerika bil dan membuat tempahan kereta (Uber, Lyft, Grab etc apabila sokongan ditambah dalam aplikasi) untuk Siri.

11. App Compatibility pada Settings > General > About > Applications mempunyai panel App Compatibility yang berfungsi untuk memaparkan aplikasi yang tidak dikemas kini dan akan membuat peranti iOS menjadi lambat serta aplikasi tersebut tidak akan berfungsi pada versi iOS yang akan datang. Jika ditekan pada salah satu aplikasi, ia akan pergi ke App Store yang akan menunjukkan kali terakhir aplikasi tersebut dikemas kini. Apabila aplikasi tersebut dibuka, satu notifikasi akan keluar yang menyatakan aplikasi tersebut perlu dikemas kini dan tidak akan berfungsi serta membolehkan pengguna untuk menghubungi Developer aplikasi.

12. Boleh membuat penilaian dan ulasan aplikasi serta pembangun boleh membalas penilaian dan ulasan yang dibuat oleh pengguna.

13. Ikon aplikasi akan berubah secara automatik apabila pembangun menetapkan tanpa perlu memuat turun kemas kini di App Store. Ikon aplikasi berubah biasanya apabila terdapat promosi, musim dan festival.

Demo:

14. Navigasi e-mel mempunyai antaramuka baharu.

15. Boleh menyusun lagu dalam Apple Music Playlist apabila ulangan diaktifkan.

16. Panel Diagnostic & Usage ditukar kepada Analytics di dalam Privacy dan anda boleh kongsikan iCloud Analytics kepada pembangun.

17. Field Test telah dikemas kini untuk menyokong Intel Modem.

18. Mesej ‘iPhone/iPad/iPod will restart when update completes’ akan keluar ketika peranti melakukan kemas kini jika salah satu butang ditekan.

19. Bug fixes and improvements, banyak pepijat yang telah Apple hapuskan dalam kemas kini ini termasuklah pepijat yang boleh membuatkan peranti menjadi gagal berfungsi, restart/respring automatik (dengan menggunakan teknik tertentu). Ada juga pengguna yang melaporkan iOS 10.3 ini membuatkan peranti menjadi lebih laju dan kurang kelembapan animasi transisi ketika membuka aplikasi.

Bagi pengguna yang mahu membuat kemas kini, pertama sekali ialah anda perlu membuat backup (iTunes atau iCloud disebabkan AFS akan mengoptimasikan flash/SSD storage peranti dan bernasib buruk akan ada data yang hilang) dan disarankan membuat kemas kini di iTunes atas faktor iOS 10.3 ini merupakan kemas kini ‘Major‘ atau ‘Major Update‘ berbanding menggunakan Over The Air (OTA) di peranti masing-masing – terpulang atas hak tuan empunya peranti. Fungsi AFS juga akan membuatkan proses kemas kini menjadi lambat apabila kemas kini menggunakan OTA.

Dari pandangan peribadi, iOS 10.3 ini sangat sesuai bagi yang menggunakan iOS 10 dan tidak mahu menggunakan jailbreak. Ia lebih pantas dan menjimatkan bateri pada iPhone 6s Plus, peranti lain tidak tahu dan tiap peranti tidak sama penggunaannya jadi keputusan serta maklum balas ialah berlainan. Bagi yang mahu dan kekalkan jailbreak, kekal berada pada iOS yang anda gunakan sekarang ini.

Sumber rujukan dan media: EverythingApplePro

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

9 thoughts on “Apakah Yang Terbaru Pada iOS 10.3?

  • April 4, 2017 at 10:49 pm
    Permalink

    Assalamualaikum. Tuan, macam mana nak elakkan itunes install apps yang kita dah delete selepas selesai restore & update ye? Part last masa sync tu semua apps yang saya dah buang dari phone dia install semula. Bagaimana ye? Terima kasih.

    Balas
    • April 7, 2017 at 11:12 am
      Permalink

      Lepas delete tu buat backup balik untuk itunes ‘ingat’ app mana yang akan install lepas buat restore backup. Pastikan juga untick dekat Automaticall Sync New Apps pada iTunes > panel idevice > Settings > Apps

      Balas
  • April 7, 2017 at 3:57 pm
    Permalink

    Salam tuan. Bagaimana nak lock app spt whatsapp,insta,fb (privasi) menggunakan fingerprint tanpa jailbreak

    Balas
    • April 7, 2017 at 6:35 pm
      Permalink

      Tak boleh lock/unlock app sebab modifikasi tu memerlukan jailbreak dan tweak.

      Balas
  • April 10, 2017 at 3:38 pm
    Permalink

    sesuai x di update pd iphone 6 16gb?

    Balas
  • May 7, 2017 at 6:09 pm
    Permalink

    Tuan, selepas update, home button ip7 saya tidak berfungsi seperti biasa. Home button saya kini hanya untuk unlock touch id je.xdapat lagi ke home page atau lain2. ada yang kata memang begitu…betul ke?

    Balas
    • May 8, 2017 at 7:57 pm
      Permalink

      sebelum ni ada guna ios beta dan update dari ios berapa serta guna cara dari iphone atau dari itunes? iphone tu beli set 1st hand?

      Balas
  • May 8, 2017 at 2:14 pm
    Permalink

    Saya nak tanya kenapa lepas saya update software baru nie data saya lagi cepat habis? sebelum ini takde secepat sekarang. Saya pakai iphone 6 64 gb.

    Balas
    • May 8, 2017 at 7:59 pm
      Permalink

      di Setting > General > Mobile/Cellular Data > Wi-fi Assist dah off? Aplikasi lain yang tak penting untuk gunakan data dengan background app refresh dah off juga?

      Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *