Aplikasi Clips Akan Boleh Dimuat Turun Kelak

Semasa memperkenalkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED pada bulan lepas, Apple juga turut memperkenalkan aplikasi terbaru yang memfokuskan untuk perkongsian video pada aplikasi sosial iaitu ‘Clips’. Menurut sumber daripada The Verge, Clips sedia dimuat turun dalam masa yang terdekat.

Aplikasi ini akan menghasilkan video segi petak empat yang memudahkan pengguna untuk berkongsi pada aplikasi sosial lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Ia juga mempunyai pelbagai efek seperti book filters, speech bubbles, shapes dan efek seperti lukisan mengikut kreativiti masing-masing.

Clips membolehkan anda untuk membuat rakaman melalui aplikasi tersebut atau mengimport media yang terdapat dalam peranti anda dan disunting seperti aplikasi iMovie.

Kami akan kemas kini apabila aplikasi Clips ini sedia dimuat turun secara percuma. Clips hanya menyokong dan boleh dimuat turun pada peranti iOS yang menggunakan iOS 10.3 ke atas sahaja.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *