Aplikasi Clips Daripada Apple Untuk Menyunting Video Sedia Dimuat Turun

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, aplikasi terbaru yang dibangunkan oleh Apple iaitu ‘Clips’ kini boleh dimuat turun dengan secara rasminya di App Store menggunakan pautan di bawah sekali. Clips mula diperkenalkan pada bulan yang lepas dengan pengenalan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED. Aplikasi ini ialah percuma untuk dimuat turun dan menyokong serta boleh digunakan pada peranti iOS iaitu iPhone 5s ke atas, iPad 9.7 inci yang baru, kesemua iPad Air dan iPad Pro, iPad Mini 2 ke atas dan iPod touch 6. Kesemua peranti tersebut mestilah menggunakan sistem operasi iOS 10.3 dan ke atas sahaja.

Bagi pengguna yang menggunakan peranti iOS 10.2.1 dan ke bawah, anda tidak boleh menggunakan aplikasi ini. Bagi yang ingin membuat kemas kini, anda perlu membaca artikel ini atau boleh membuat kemas kini terkini iOS 10.3.1 yang baru sahaja keluar beberapa hari yang lepas.

Aplikasi Clips ini membolehkan pengguna untuk menyunting media seperti gambar dan video yang diambil menggunakan aplikasi atau diimport masuk daripada galeri media yang terdapat dalam peranti anda. Pengguna juga boleh memasukkan lagu, efek seperti book filters, speech bubbles, shapes dan efek seperti lukisan mengikut kreativiti anda masing-masing.

Seperti aplikasi sosial yang lain, penyuntingan video telah diintegrasikan sekali dan kemudiannya boleh terus dikongsi dari dalam aplikasi. Untuk aplikasi Clips, pengguna boleh berkongsi video yang telah disunting pada iMesssage mengikut kenalan atau dikongsikan ke aplikasi sosial lain seperti Twitter Instagram, Facebook, Vimeo dan Youtube.

Ciri dan fungsi yang menarik terdapat dalam aplikasi ini ialah ‘Live Titles’. Live Titles membolehkan pengguna untuk membuat animasi kapsyen dengan hanya bercakap semasa rakaman video dan kemudiannya animasi kapsyen tersebut secara automatik ditambah di dalam video. Ia sangat memudahkan pengguna untuk menyunting berbanding iMovie dan Final Cut Pro tapi fungsi ini lebih mesra pengguna jika anda bercakap dengan bahasa yang disokong dan mudah dipaham.

 

Pautan muat turun: Clips di App Store

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *