Aplikasi Clips Hanya Menyokong Peranti 64-bit Sahaja, Petanda Sokongan Peranti 32-bit Bakal Ditamatkan?

Aplikasi Clips yang diperkenalkan pada masa yang sama dengan peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED dengan peranti iPad 5/9.7 inci pada bulan lepas ialah aplikasi penyunting video yang dibangunkan oleh Apple. Ia membolehkan pengguna untuk menyunting video dengan menambahkan efek, lagu dan sebagainya.

Aplikasi tersebut hanya boleh dimuat turun pada peranti 64-bit ke atas sahaja seperti iPhone 5s ke atas, iPad 9.7 inci yang baru, kesemua iPad Air dan iPad Pro, iPad Mini 2 ke atas dan iPod touch 6. Ini disebabkan peranti tersebut ialah peranti yang agak lama dan merupakan spesifikasi yang paling rendah dalam pasaran sekarang ini. Dalam kemas kini iOS 10.3.2 Beta dan Public Beta yang dikeluarkan baru-baru ini, Apple telah membuat limitasi dengan mengeluarkan khas untuk peranti iOS 64-bit sahaja.

Namun, pada kemas kini iOS 10.3.1 Apple telah menyertakan sekali sokongan peranti 32-bit dengan sokongan kemas kini melalui Over The Air (OTA) yang tidak ada pada kemas kini iOS 10.3 sebelum ini. Mungkin kemas kini iOS 10.3.1 merupakan sokongan terakhir sistem operasi iOS untuk peranti 32-bit.

Dengan sistem operasi iOS 11 yang bakal keluar, Apple dikhabar akan menamatkan sepenuhnya sokongan peranti 32-bit termasuklah aplikasi yang tidak membuat kemas kini bagi menyokong peranti 64-bit akan ditamatkan sekali. Buat ahli Apple User Group (Malaysia)® yang masih menggunakan peranti 32-bit, jika ada rezeki belilah peranti 64-bit jika ingin mendapat sokongan iOS dan menggunakan aplikasi terbaru yang bakal keluar kelak.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *