Aplikasi iWork, Garageband Dan iMovie Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma Selamanya

Sebelum ini pada tahun 2013, pengguna yang telah membeli peranti iOS atau Mac yang baharu (secara teknikalnya, “1st hand“) akan mendapat aplikasi iWork, Garageband dan iMovie secara percuma dan pengguna iOS dan Mac yang telah membeli produk tersebut sebelum 2012 tidak dapat promosi ini. Selain itu, ada juga pengguna yang menggunakan aplikasi ini untuk pendidikan dan perniagaan dengan membeli aplikasi tersebut secara murah dengan program Volume Purchase.

Kini, Apple telah memberikan aplikasi ini kesemua pengguna produk Apple secara percuma. Tidak kira apa sahaja versi iOS atau Mac, jenis peranti atau Mac anda semua boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di App Store.

– Aplikasi iWork dibahagikan kepada tiga iaitu aplikasi Numbers, Pages dan Keynote. Aplikasi iWork ini seakan pakej Microsoft Office yang dibangunkan oleh Microsoft.

– Aplikasi Garageband pula ialah aplikasi untuk menyunting atau membuat lagu dan membuat ringtone untuk iOS. Jika anda golongan profesional, anda boleh menggunakan perisian Logic Pro untuk Mac.

– Aplikasi iMovie ialah aplikasi munyunting video untuk durasi yang panjang, ia juga boleh digunakan untuk menyunting movie. Aplikasi ini merupakan ‘aplikasi kecil’ kepada perisian Final Cut Pro untuk Mac.

 

Muat turun aplikasi ini mengikut peranti dan sistem operasi:

iOS-

– iWork:

> Pages: [Klik pautan ini]

> Numbers: [Klik pautan ini]

> Keynote: [Klik pautan ini]

– Garageband: [Klik pautan ini]

– iMovie: [Klik pautan ini]

 

Mac-

– iWork:

> Pages: [Klik pautan ini]

> Numbers: [Klik pautan ini]

> Keynote: [Klik pautan ini]

– Garageband: [Klik pautan ini]

– iMovie: [Klik pautan ini]

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *