Aplikasi Media Sosial Musical.ly Telah Diambil-Alih Dengan Bernilai $1 Bilion

Musical.ly Inc., syarikat yang membangunkan aplikasi media sosial yang popular di kalangan pengguna remaja, telah bersetuju untuk diambil-alih oleh syarikat media massa dan berita Beijing Bytedance Technology Co. sebanyak $1 bilion, menurut laporan oleh WSJ.

Aplikasi Musical.ly dilancarkan pada tahun 2014 ialah sebagai platform untuk pengguna remaja atau lebih dikenali sebagai ‘Musers’ membuat video dansa berdasarkan lagu yang dimainkan dan dikongsikan kepada rakan. Kini, aplikasi media sosial ini mempunyai sebanyak 60 juga pengguna aktif pada setiap bulan.

‘Musers’ yang paling popular dikatakan hampir mempunyai sebanyak 20 juta pengikut dan menjana pendapatan daripada pembelian ‘coins’ yang digunakan sebagai tip (100 coins ialah RM3.90). Selain daripada bayaran tip, pengguna juga boleh mendapatkan wang dengan berkolaborasi bersama jenama syarikat luar yang lain.

Jumlah video yang telah dimuat naik juga dijangka sebanyak 13 juta sehari dan semakin meningkat hingga kini. Pengambilalihan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan November ini. Kesemua maklumat, penggunaan adalah masih sama dan hanya hak milik syarikat sahaja mengalami perubahan.

 

Sumber artikel: WSJ

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *