Aplikasi

Aplikasi Mengaji.com Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

Selebriti, usahawan dan juga penyanyi Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, melalui syarikat beliau telah memperkenalkan aplikasi terbaru mereka iaitu Mengaji.com. Dengan aplikasi ini pengguna boleh melatihkan diri untuk mengaji Al-Quran dengan mengikuti bacaan yang dibaca oleh para Ustaz.

Dikeluarkan untuk pengguna iPhone dahulu, aplikasi Mengaji.com ini juga turut mempunyai koleksi doa harian yang boleh dibaca ketika waktu lapang seperti ketika menunggu waktu berbuka, waktu senggang dan sebagainya. Dengan aplikasi ini, sedikit sebanyak boleh membantu kita di bulan yang mulia ini.

Muat turun aplikasi Mengaji.com secara percuma di App Store. [Klik pautan ini]

 

Sumber artikel: Amanz

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.