Aplikasi Music Untuk iOS 11 Dilapor Akan Memfokuskan Kepada Kandungan Video

Aplikasi Music untuk iOS 10 telah diberi antaramuka yang baru dengan tulisan besar yang tebal dan tetapan yang agak memeningkan juga. Kini, Apple dilapor akan mengetengahkan ciri dan fungsi yang baru bagi memfokuskan kepada kandungan video dalam aplikasi tersebut.

Apple sebelum ini sudahpun mempunyai kandungan milik mereka sendiri seperti Planet of the Apps dan Carpool Karaoke. Dengan kandungan video pada aplikasi Music, ia akan mempromosikan kandungan video dokumentari dalam industri muzik yang dikeluarkan oleh Apple sendiri, menurut eksekutif Apple Music, Jimmy Iovine dalam laporan oleh Bloomberg

iOS 11 akan diperkenalkan pada acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) yang akan berlangsung pada bulan Jun ini. Fasa versi beta akan dikeluarkan sebelum pelancaran iPhone terbaru ada bulan September ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *