Aplikasi Penyunting Video Apple ‘Clips’ Telah Dimuat Turun Lebih 1 Juta kali Dalam Tempoh 4 Hari Pertama

Aplikasi terbaru yang dibangunkan oleh Apple iaitu Clips, mula dikeluarkan pada 7 April yang lalu dilihat telah dimuat turun antara 500 ribu dan sehingga 1 juta kali sepanjang 4 hari pertama ia berada di App Store, anggaran dan analisa ini dibuat oleh firma penganalisis aplikasi App Annie yang dikongsikan dengan TechCrunch.

Semasa dikeluarkan, Clips telah berada di nombor 28 dalam carta keseluruhan di App Store US tapi masih tidak dapat mencapai peringkat yang tertinggi. Bagi yang tidak tahu, aplikasi Clips ini membolehkan pengguna untuk menyunting media seperti gambar dan video yang diambil menggunakan aplikasi atau diimport masuk daripada galeri media yang terdapat dalam peranti anda. Pengguna juga boleh memasukkan lagu, efek seperti book filtersspeech bubblesshapes dan efek seperti lukisan mengikut kreativiti anda masing-masing.

Namun setelah lama dikeluarkan, pada hari khamis lepas masih kekal berada di nombor 28 tapi pada hari sabtu selepas itu ia telah jatuh ke nombor 39 dan hari ini berada di nombor 53 daripada keseluruhan. Aplikasi Clips mungkin menjadi popular di kalangan pengguna iOS tapi masih tidak boleh setanding aplikasi sosial lain yang mempunyai integrasi penyunting secara dalam aplikasi yang memudahkan.

 

Aplikasi Clips boleh dimuat turun secara percuma di App Store. [Klik pautan ini]

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *