Aplikasi Permainan Cut the Rope: Magic Percuma Untuk Dimuat Turun

Aplikasi permainan teka-teki Cut the Rope: Magic telah dinamakan sebagai Apple App of the Week atau aplikasi pilihan untuk mingguan dan aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma selama 6 hari seterusnya bermula dari semalam. Harga asalnya ialah berharga RM3.90, merupakan pertama kali bagi aplikasi ini dijadikan percuma sejak ia mula dikeluarkan pada Disember 2015 yang lepas.

Bagi sesiapa yang pernah main siri aplikasi permainan Cut the Rope akan lebih memahami cara untuk dimainkan dalam permainan Cut the Rope: Magic ini, yang akan melibatkan penyelesaian teka-teki dan memotong tali untuk memberi makanan kepada Om Nom.

 

Cut the Rope: Magic percuma dimuat turun sehingga pada hari Khamis minggu depan sahaja, apabila aplikasi yang baharu akan dipilih sebagai Apple App of the Week kelak. Bagi yang berminat untuk bermain, boleh memuat turun di App Store. [Klik pautan ini]

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *