Aplikasi Permainan Klasik SEGA Crazy Taxi Kini Percuma Untuk Dimuat Turun

Permainan Crazy Taxi merupakan permainan klasik dibangunkan oleh SEGA, bagi yang pernah main ia pasti memberi kenangan kepada anda sewaktu kecil dahulu. Hari ini SEGA telah memberikan aplikasi ini percuma untuk dimuat turun dan percuma untuk dimainkan, cuma akan terdapat iklan dalam aplikasi permainan ini sewaktu digunakan dan dimainkan.

Aplikasi permainan Crazy Taxi mula dilancarkan pada platform iOS dalam akhir tahun 2012 dengan dijual pada harga $4.99 (RM19.90) dan kini telah dikemas kini untuk menyokong peranti 64-bit secara rasmi. Buat masa kini, mungkin tidak banyak iklan yang dipaparkan tapi dalam masa akan datang jika SEGA mahu menggandakan kewangan mereka maka akan terdapat banyak iklan pop-up yang terpapar.

Muat turun aplikasi permainan SEGA Crazy Taxi ini di App Store. [Klik pautan ini]

 

Sumber artikel: Cult of Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *