Aplikasi Rasmi Spotify Bakal Hadir Untuk Apple Watch

Servis penstriman muzik, video dan podcast popular iaitu Spotify telah bekerjasama dengan pembangun pihak ketiga, Snowy untuk membangunkan aplikasi rasmi Spotify yang bakal hadir untuk peranti Apple Watch dalam masa akan datang.

Pembangun aplikasi Snowy, Andrew Chang mengumumkan melalui Reddit, beliau akan bekerja dengan Spotify untuk membawakan aplikasi Snowy kepada Apple Watch untuk menintegrasikan dengan aplikasi rasmi Spotify untuk peranti iOS. Sebelum ini, aplikasi Snowy dinamakan sebagai Spotty tapi disebabkan telah melanggar undang-undang dan menggunakan antaramuka yang sama seperti aplikasi Spotity, ia telah dijenamakan semula kepada Snowy.

Tarikh rasmi aplikasi tersebut dikeluarkan belum diketahui lagi, berdasarkan laman web Snowy, aplikasi ini dijangka akan menyokong Siri, kawalan main balik dan komplikasi watchface interaktif. Selain itu, ia juga turut mungkin mempunyai fungsi offline caching, yang membolehkan pengguna mendengar lagu tanpa penyambungan peranti iPhone ketika berlari atau berada di gim.

Ini merupakan berita baik bagi pengguna Apple Watch yang lebih suka menggunakan Spotify sebagai pilihan utama servis penstriman muzik mereka selain menggunakan Apple Music atau servis yang lain.

 

Sumber: 9to5Mac dan Apple Insider

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *