Aplikasi YouTube Untuk iOS Menyebabkan Bateri Menyusut Dan Peranti Menjadi Panas

Pihak YouTube telah mengesahkan sedang memperbaiki dan menampal pepijat pada aplikasi peranti alih mereka yang menyebabkan bateri menyusut secara mendadak pada peranti Apple iOS. Masalah ini berlaku ketika pengguna menggunakan aplikasi tersebut malah ketika tidak digunakan termasuklah dijalankan secara latar belakang pada halaman App Switcher/Multitasking.

Mula diterbitkan oleh laman blog PiunikaWeb, kemudian dilaporkan pada forum MacRumors termasuklah pada laman Reddit dan Twitter. Sebahagian pengguna yang melaporkan masalah ini terjadi pada peranti menggunakan sistem operasi iOS 11.1.1.

Gambar oleh PiunikaWeb.

Selain dari itu, terdapat juga pengguna yang melaporkan masalah lain yang terjadi pada aplikasi YouTube. Mereka mendapati peranti mereka menjadi terlalu panas dari yang biasa apabila menonton video walaupun pada kualiti yang rendah.

Pihak YouTube juga berkata telah mengenalpasti masalah yang berlaku dan akan mengeluarkan kemas kini akan datang. Jika anda terkena masalah ini, cara alternatif ialah menonton video pada YouTube menggunakan pelayar web pilihan masing-masing.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *