Apple AirPods Mencapai Kadar Kepuasan 98% Dalam Kajian Pengguna

Berdasarkan kajian oleh Experian dan Creative Strategies menunjukkan pemilik Apple AirPods sangat berpuas hati dengan peranti fon telinga tanpa wayar itu walaupun dengan rekaan mikrofon yang terkeluar dari telinga. Seramai 942 pengguna dikaji, 82% menyatakan mereka sangat berpuas hati manakala 16% menyatakan mereka berpuas hati sahaja menjadikan jumlah sepenuhnya kepada 98%.

Dengan jumlah 98%, Creative Strategies berkata peranti AirPods ini telah mencipta rekod yang tertinggi untuk peranti yang baharu oleh Apple. Untuk perbandingan, peranti iPhone mendapat kadar kepuasan pengguna sebanyak 97% pada tahun 2007, peranti iPad mendapat kadar kepuasan pengguna sebanyak 92% pada tahun 2010 dan peranti Apple Watch mendapat kadar kepuasan pengguna sebanyak 98% pada tahun 2015.

Berikut adalah kadar kepuasan mengikut kategori oleh pengguna yang dikaji:

Bagi yang tidak tahu, Apple AirPods ini berharga sebanyak RM849. Adakah ia sesuai atau tidak? Jika telinga anda boleh dimuatkan dengan Apple EarPods dan tidak jatuh maka tiada masalah untuk anda menggunakannya – jika ia berbaloi bagi anda dan boleh dibeli di laman jualan rasmi Apple atau di Apple Authorized Premium Reseller di seluruh Malaysia (jika ada stok bekalan).

 

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *