Apple Akan Membekalkan Lagu Dari Apple Music Untuk Aplikasi Video Muzik Musical.ly

Apple baru sahaja menjalinkan kerjasama dan menandatangani perjanjian dengan applikasi video muzik popular Musical.ly untuk mempromosikan Apple Music, laporan oleh Re/code. Apple akan mula membekalkan lagi klip dan petikan lagi kepada servis tersebut, yang direka untuk membolehkan pengguna membuat dan berkongsikan video muzik mereka sendiri.

Kandungan Apple Music akan menggantikan kandungan daripada pembekal dari United Kingdom, 7digital sekurangnya pada besok hari.

Dengan perjanjian dengan Apple dan dapat mengakses tawaran perlesenan Apple, Musical.ly akan boleh mengembangkan servis mereka dari 30 negara hingga ke 120 negara. Dalam pertukaran untuk penggunaan hak Apple Music, Musical.ly akan mempromosikan servis Apple Music kepada pengguna dan akan membolehkan pelanggan Apple Music untuk mendengar lagu penuh dalam aplikasi tersebut.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *