Apple Akan Membuat Ujian Jalanan Untuk Perisian Pemanduan Kenderaan Autonomi Di California

Sebelum ini, terdapat pelbagai khabar angin menyatakan Apple akan membangunkan sendiri kenderaan autonomi oleh mereka. Kini, Apple sudahpun mendapat permit dan kebenaran untuk membuat ujian jalanan bagi perisian pemanduan kenderaan automoni mereka di California.

Laman web California DMV menunjukkan Apple dan beberapa 30 syarikat yang lain telah mendapat permit untuk melakukan ujian ini di negeri tersebut termasuklah syarikat Tesla dan Google.

Menurut sumber oleh Bloomberg, Apple akan melakukan ujian ini pada kenderaan yang sedia ada termasuklah kenderaan SUV, Lexus RX450h. Dengan kebenaran ini, Apple boleh membuat ujian teknologi pemanduan kenderaan autonomi mereka di jalan raya awam tapi perlu memastikan terdapat seorang pemandu untuk peka dan mengawal kenderaan jika perkara sebaliknya akan terjadi.

Apple juga perlu melaporkan sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang ujian tersebut dilakukan dalam tempoh 10 hari selepas ia berlaku. Apple sebelum ini juga dilaporkan mempunyai 1 ribu pekerja dalam ‘Project Titan’ dalam usaha untuk membangunkan kenderaan oleh mereka sendiri.

 

Sumber: Bloomberg, Business Insider, Amanz | Gambar: Carwow

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *