Apple Akan Membuka Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Pertama Di Indonesia

Apple dijadual akan membuka satu daripada tiga pusat penyelidikan dan pembangunan di negara Indonesia, Apple dilapor akan melaburkan sebanyak $44 juta yang akan mula dibuka pada suku kedua tahun 2017 ini. Sebelum ini, sudahpun terdapat khabar angin mengenai pembukaan pusat penyelidikan dan pembangunan di negara Indonesia pada bulan November tahun lepas.

Menurut jurucakap kepada Menteri Industri, Sanny Iskandar, yang telah berjumpa dengan wakil Apple pada awal hari ini berkata pusat oleh Apple tersebut akan mula dibuka yang terletak di Green Office Park, BSD City, Tangerang dalam suku kedua tahun ini – laporan oleh The Jakarta Post.

Menurut Sanny, pusat tersebut akan membangunkan program pembelajaran kepada 300 hingga 400 pelajar tempatan. Pusat ini juga akan memfokuskan kepada pembangun untuk membangunkan dan menjual aplikasi mereka di App Store.

Selain dari itu, pusat penyelidikan dan pembangunan tersebut juga akan memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia. Bermula dari bulan Januari, satu undang-undang baharu ditetapkan untuk pengilang menjual telefon pintar 4G dalam negara tersebut untuk mencapai sasaran 30% pengguna.

Pelaburan Apple sebanyak $44 juta itu untuk tiga pusat penyelidikan dan pembangunan di negara Indonesia dilihat untuk pemegangan hak penjualan pasaran dan pembangunan serta penjualan model iPhone akan datang dalam rantau tersebut. Bermula dari Tangerang, dua lagi pusat akan dibangunkan yang terletak di Java. Pelaburan ini dijangka akan berterusan sehingga tahun 2018.

Tidak secara kebetulan, Apple akan mula menjual iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Indonesia pada Jumaat ini. Lebih awal dan tidak seperti model iPhone 6 sebelum ini yang agak lambat untuk dibawa masuk ke pasaran mereka sehinggakan model iPhone 6s sudah pun diperkenalkan. Tambahan, Apple tidak menjual model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus secara rasmi dan sebaliknya terus melangkau ke iPhone 7 dan iPhone 7 Plus setelah pelaburan ini dibuat.

 

Sumber artikel: Apple Insider | Gambar (Jakarta): AIESEC

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *