Apple Bakal Umumkan Laporan Kewangan Suku Kedua 2017 Pada Awal Bulan Mei

Apple baru sahaja mengeluarkan jadual acara earning call bagi mengumumkan hasil laporan kewangan dan pendapatan daripada produk yang dijual selama suku kedua untuk tahun 2017 ini. Sebelum ini, pada suku pertama Apple telah umumkan sebanyak 80 juta unit peranti iPhone telah terjual dalam suku tersebut.

Sebagaimana yang dipaparkan dalam laman rasmi kewangan Apple, tarikh tetap acara tersebut akan dibuat pada hari Jumaat bertarikh 3 Mei pukul 5.00 am waktu Malaysia.

Dalam acara pengumuman tersebut, Apple bakal mengumumkan jumlah pendapatan yang dimana dan seperti biasa, peranti iPhone yang merupakan penyumbang pada pendapatan yang paling besar.

Berikut adalah keputusan suku pertama 2017 yang lepas:

  • – $78.4 billion pendapatan
  • – $17.89 billion keuntungan
  • – Earning Per Share (EPS): $3.36
  • – 78.3 juta iPhone telah terjual
  • – 13 juta iPad telah terjual
  • – 5.3 juta Mac telah terjual

Berdasarkan pengumuman itu, Apple akan menyiarkan secara langsung laporan ini dalam bentuk audio. Anda boleh mendengarkan secara langsung dengan menggunakan Safari pada peranti iOS 7 ke atas, komputer Mac dengan versi OS X 10.8.5 ke atas atau komputer Windows 10 dengan Microsoft Edge.

 

Sumber: Apple, Artikel: MakeMac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *