[Galeri] Apple Berkongsikan Gambar Dan Video Dari Pembukaan Rasmi Apple Store Dubai

Hari ini Apple secara rasmi menyambut pembukaan kedai Apple Store yang terletak di Dubai Mall. Sebelum ini kami ada kongsikan gambar sekitar Apple Store itu dan juga permandangan yang boleh dilihat melalui tetingkap kedai tersebut dan kini telah dibuka secara rasminya, Apple sendiri telah berkongikan gambar dan video semasa pembukaan yang berlangsung baru-baru ini.

Dimuat naik dalam laman rasmi Apple Newsroom, gambar dan video tersebut menunjukkan waktu puncak kedai itu dibuka. Kedai itu mempunyai pelbagai reka bentuk menarik dan juga permandangan yang akan menampakkan pancutan air Dubai Fountai yang berada di hadapan kedai tersebut.

Selain itu, kedai itu juga mempunyai tarikan utama iaitu 18 panel tetingkap bermotor dengan setinggi 11.43 meter dan 54.86 lebar yang dibuat dengan gentian karbon, dinamakan sebagai “Solar Wings”. Pandangan dari tetingkap kedai ini akan menunjukkan bangunan Burj Kalifa yang hanya terletak di seberang jalan sahaja.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *