Apple Berkongsikan Iklan Video Dan Tutorial Penggunaan Ciri Memories Dalam Aplikasi Photos

Sejak bermula dari iOS 10 dan macOS Sierra (ke atas), Apple telah menambahkan ciri Memories yang terdapat dalam aplikasi Photos. Ciri ini lebih dikenali sebagai album kenangan yang berfungsi dengan secara automatik membuat suatu album kenangan berdasarkan gambar dan video yang terdapat dalam galeri aplikasi Photos peranti.

Menggunakan artificial intelligence (AI), aplikasi Photos akan mengimbas keseluruhan galeri untuk mengenalpasti orang, tempat dan seterusnya membuat album tersebut. Lihat video di atas dan di bawah untuk lebih memahamkan tentang pemahaman ciri Memories ini.

Selain itu, anda juga boleh menyunting ataupun membuat album kenangan yang baharu secara terus dari dalam aplikasi Photos seperti menetapkan suasana, lagu, tajuk dan sebagainya. Berikut ialah tentang tutorial lengkap dengan langkah demi langkah ditunjukkan dalam video oleh Apple di bawah ini:

Sebelum ini, Apple juga turut berkongsikan tutorial fotografi menggunakan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dengan pelbagai tips dan sesemua video tutorial ini ialah mudah dan dirakamkan pada skrin iPhone, jadi anda tidak perlu pening untuk menekan butang dan tetapan yang perlu dibuat. Lihat tutorial di sini dan tambahan di sini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *