iOS Tutorial

Apple Berkongsikan Tutorial Penggunaan iOS 11 Pada iPad

Sistem operasi iOS 11 yang bakal diperkenal dan dilancarkan pada bulan hadapan bersama-sama dengan ketiga-tiga iPhone yang baharu, membawakan pelbagai ciri dan fungsi terbaru bagi peranti iPhone termasuklah iPad. Pada tahun ini juga, sistem operasi iOS 11 bakal menyambut ulang tahun ke-10 yang dilepaskan dengan rasmi bersama dengan iPhone 2g pada 2007 yang lepas.

iOS 11 pada peranti iPad mempunyai pelbagai ciri fan fungsi terbaru antaranya ialah dock, app switcher/multitasking baharu dan banyak lagi. Bagi memudahkan pengguna untuk menggunakannya, Apple telah mengeluarkan siri tutorial penggunaan iOS 11 ini pada peranti iPad di akaun Youtube mereka.

Sistem operasi iOS 11 akan boleh dimuat turun dengan rasmi pada bulan hadapan selepas acara khas Apple yang akan membentangkan kesemua peranti iPhone, Apple Watch Series 3 dan peranti Apple TV generasi kelima yang terbaru.

Lihat siri tutorial di bawah:

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.