iOS Tutorial

Apple Berkongsikan Video Tutorial Penggunaan Mod Portrait Lighting

Portrait Lighting ialah merupakan mod baharu yang hanya terdapat untuk peranti dwi-kamera iaitu iPhone 8 Plus dan iPhone X. Sama seperti Portrait Mode yang menambahkan kesan simulasi kabur atau Depth Effect, mod ini akan menambahkan kesan simulasi pencahayaan pada wajah walaupun keadaan persekitaraan yang berbeza di belakang subjek.

Untuk memahirkan penggunaan mod ini, Apple telah berkongsikan video tutorial penggunaan khas untuk pengguna iPhone 8 Plus dan iPhone X. Video pertama memfokuskan kepada cara untuk menangkap gambar dengan menggunakan Portrait Lighting ini, manakala video kedua pula menunjukkan cara untuk menambah efek mode ini ketika menyunting gambar.

Tidak seperti ‘filter’ atau penuras, kesan simulasi pencahayaan ini sedia digunakan ketika menangkap gambar. Walaupun keadaan persekitaraan yang cerah atau terang, penggunaan machine learning boleh mengenal pasti struktur wajah subjek dan seterusnya membolehkan pengguna untuk memilih kesan simulasi pencahayaan tersebut.

Terdapat lima kesan simulasi pencahayaan yang boleh dipilih pada Portrait Lighting ini iaitu Natural Light, Studio Light, Contour Light, Stage Light, dan Stage Light Mono. Bagi pengguna iPhone 8 Plus, anda boleh mempraktikkan penggunaan ini pada peranti anda untuk menghasilkan seperti gambar studio.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.