Apple Dan Foxconn Bekerjasama Untuk Membeli Bisnes Pembuatan Cip NAND Daripada Toshiba

Pengilang untuk produk Apple, Foxconn bersama-sama telah membuat bidaan yang banyak untuk membeli bisnes pembuatan cip NAND daripada Toshiba. Menurut laporan terbaru daripada The Wall Street Journal, Foxconn pada minggu ini telah menawarkan $27 billion untuk membeli bisnes tersebut, bidaan yang lebih tinggi berbanding bidaan yang buat oleh syarikat lain contohnya Broadcom.

Pembelian ini membolehkan Foxconn menambah lagi bekalan pembuatan cip NAND untuk peranti produk Apple yang sebelum ini menghadapi masalah jualan yang perlahan. Ini juga akan menjadikan Apple sebagai pilihan utama bagi pembuatan cip untuk setiap produk Apple yang bakal keluar serta menampung tempahan dengan lebih banyak, sebelum ini terdapat beberapa isu bekalan peranti iPhone yang berkurangan yang tidak dapat ditampung oleh Foxconn.

Cip NAND ialah lebih dikenali sebagai SSD/kapasiti pada peranti. Buat masa sekarang, sebarang pengumuman rasmi belum lagi dibuat oleh Foxconn mahupun oleh Toshiba sendiri tapi sekarang ini mungkin sudah mencapai kata setuju dan membuat perjanjian untuk pembelian bisnes pembuatan cip ini daripada Toshiba.

 

Sumber: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *