Apple Dan Nike Memperkenalkan Edisi Terhad ‘Apple Watch NikeLab’

Apple sekali lagi bekerjasama dengan Nike untuk menghasil dan memperkenalkan edisi khas dan terhad iaitu ‘Apple Watch NikeLab’, model Apple Watch Series 2 aluminium berwarna Space Grey dengan kombinasi tali jam Nike yang berwarna hitam dan krim. Apple Watch edisi terhad ini dihasilkan bagi pengguna yang mempunyai ‘personaliti yang penuh bergaya’ untuk yang suka berlari.

The limited edition, neutral-toned Apple Watch NikeLab maintains the beloved features of its predecessor: deep integration with the Nike+ Run Club app, exclusive Siri commands, GPS, a two-times-brighter display and water resistance to 50 meters*, all made possible by a powerful dual-core processor and watchOS 3.

Model Apple Watch NikeLab ini akan mula ditempah bermula pada 27 April secara talian di Nike.com atau boleh dibeli di seluruh lokasi NikeLab dan di kedai sementara Apple Tokyo di dalam kedai Isetan. Ia tidak akan dijual di kedai rasmi Apple Store atau di kedai Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) mengikut negara ataupun di laman jualan rasmi Apple store.apple.com.

Apple Watch NikeLab ini dijangka akan dijual pada harga RM 1,649.00 untuk model 38mm dan RM 1,749.00 untuk model 42mm, sama seperti kesemua barisan model Apple Watch Nike+ yang lain.

Sebelum ini, Apple dan Nike mula bekerjasama pada bulan September 2016 untuk memperkenalkan model Apple Watch Nike+ bersama-sama dengan model Apple Watch Series 2 oleh Apple. Apple menawarkan dua model Apple Watch Nike+ aluminium dengan berwarna Silver dan Space Grey bersama-sama tali jam Apple Watch Nike+.

 

Sumber artikel:  Cult of Mac, iClarified dan 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *