Apple Dan Nokia Kini Berdamai

Pernah menjadi seteru utama dahulu, Apple dan Nokia kini berdamai.

Menerusi siaran laman rasmi berita Apple, Apple Newsroom, Apple melaporkan mereka dan Nokia kini sudah berdamai. Hal ini termasuklah penarikan semula tindakan undang-undang terhadap isu harta intelek dan lesen paten yang menjadi sebab utama dalam perseteruan mereka.

Maria Varsellona, Ketua Pegawai Perundangan Nokia berkata, pendamaian ini menguntungkan kedua-dua belah pihak dan membolehkan mereka bersama-sama bekerjasama demi meningkatkan peluang perniagaan serta menguntungkan pengguna.

Apple dan Nokia kini bersetuju dan memeterai perjanjian dua hala. Nokia akan membekalkan teknologi, produk dan servis infrastruktur rangkaian. Apple pula akan terus menyokong produk kesihatan Nokia, dan memasukkannya sebagai antara aplikasi utama dalam bahagian Apple Health.

Setakat ini, tiada lagi laporan berapa jumlah harga yang dibayar oleh Apple. Yang pastinya, ia dapat dilihat dalam laporan kewangan Nokia bagi suku ketiga tahun ini. Melalui pembayaran pendahuluan oleh Apple, mereka bercadang untuk mengemaskini struktur kapital bagi meningkatkan produktiviti syarikat mereka.

Bukankah lebih mudah sekiranya tiada pergaduhan. Bak kata pepatah, orang-orang dahulu selalu berkata, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “muafakat membawa berkat”. Perjanjian mereka ini lebih banyak menguntungkan mereka sebenarnya. Apple pula dapat mengurangkan lagi satu musuh utama mereka. Kini, Apple boleh memberi fokus penuh kepada musuh-musuh lain pula. Maklumlah, Apple banyak musuh. Kes mereka dengan Qualcomm pun masih tidak selesai. Wajarlah Apple mengambil iktibar dan pengajaran berdasarkan peribahasa Melayu itu.

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *