Apple Dan Samsung Dilaporkan Telah Menandatangani Perjanjian Dua Tahun Untuk Bekalan 92 Juta Panel OLED Bagi iPhone 8

Apple dilaporkan telah menandatangani perjanjian dua tahun dengan Samsung untuk bekalan 92 juta panel OLED melengkung yang bakal digunakan pada peranti ‘iPhone 8’. iPhone 8 djangka akan permintaan yang banyak oleh pengguna disebabkan ia merupakan edisi terhad bagi menyambut ulang tahun ke-10 untuk peranti iPhone sejak mula diperkenalkan dan dijual pada tahun 2007 yang lalu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang melaporkan Apple telah memesan 70 juta unit panel OLED daripada Samsung sebagai pembekal utama bagi iPhone yang bakal keluar dengan reka bentuk terbaharu. Namun, menurut media tempatan Korea Et News, Chosun Biz dan media yang lain melaporkan Apple telah meningkatkan permintaan bekalan panel OLED dalam usaha untuk menampung permintaan peranti iPhone 8 yang lebih tinggi pada akhir tahun ini dan seterusnya pada tahun 2018.

Apple dilapor akan mengeluarkan 3 peranti iPhone iaitu iPhone 8/X/Special Edition yang akan menggunakan panel OLED bersama-sama dengan peranti iPhone 7s dan iPhone 7s Plus yang akan menggunakan panel LCD biasa seperti peranti iPhone sebelum ini. Ketiga-tiga peranti tersebut bakal diperkenalkan pada bulan September ini. Selain skrin melengkung, peranti iPhone 8 juga dilaporkan akan menggunakan reka bentuk kerangka daripada gelas, pengecasan tanpa wayar dan harga yang agak mahal.

Sementara itu, Yuanta Securities Invesment Consulting daripada Taiwan menjangkakan pembekalan peranti iPhone baharu oleh Apple ini bakal mencapat 100 juta unit dalam tahun ini. Sekurangnya 55 juta peranti daripada unit tersebut bakal menggunakan panel OLED.

Samsung dilaporkan mempunyai kilang panel LCD yang ditukar kepada pembuatan panel OLED bagi menampung permintaan oleh Apple. Pelaburan syarikat dari Korea Selatan itu bagi pengeluaran panel OLED dijangka mencapai 100 trilion won dalam tahun 2017, menurut sumber daripada pembekal lain.

 

Sumber: DigiTimes, Artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *