Apple Dilapor Akan Melancarkan iPad 9.7-Inci Lebih Murah Dan Mampu Milik Pada Akhir 2018

Apple kini dilapor sedang merancang untuk melancarkan peranti iPad yang baharu dengan saiz 9.7-inci yang lebih murah dan berpatutan serta mampu milik, berdasarkan beberapa sumber daripada pembekal kepada Apple. Laporan ini diterbitkan oleh DigiTime yang menyatakan iPad 9.7-inci baharu ini akan dilancarkan pada penghujung tahun 2018 hadapan.

Pada Mac 2017 tahun ni, Apple telah memperkenal dan melancarkan peranti iPad 9.7-inci mampu milik. Dijual pada harga bermula dari RM1549 untuk storan 32GB dan Wi-Fi sahaja, boleh dikatakan antara iPad yang mampu milik untuk dimiliki bagi pengguna yang mahu menggunakan peranti iPad.

iPad 9.7-inci sedia ada masih mengekalkan reka bentuk seperti iPad Air 1 tapi mempunyai dan menggunakan spesifikasi dalaman seperti iPad Air 2. Menurut laporan DigiTimes tersebut, iPad 9.7-inci yang baharu ini dijangka akan dijual pada harga bermula dari $259 (~RM1059).

Jika betul, ini mungkin adalah untuk menggantikan model iPad mini yang kini tidak dikemas kini dan hanya dijual dengan saiz storan 128GB. Tidak dipastikan juga penggunaan nama yang bakal diberikan seperti mana iPad 9.7-inci baharu yang hanya dinamakan sebagai ‘iPad’ sahaja.

 

Sumber: DigiTimes

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *