Apple Dilapor Akan Menamatkan Peranti iPad Mini

Peranti iPad Mini dengan skrin bersaiz 7.9-inci mula diperkenalkan pada tahun 2012 untuk generasi pertama. Sehingga kini, iPad Mini hanya mempunyai 4 generasi sahaja yang merupakan peranti ‘mini’/kecil kepada iPad yang lebih besar dengan skrin bersaiz 9.7-inci.

Namun, laporan terbaru oleh BGR melaporkan Apple bakal menghentikan pengeluaran dan dan penjualan iPad Mini ini. Tidak ada lagi sebarang kemas kini yang dibuat dan terus dihentikan serta merta menurut mereka. Dalam laporan tersebut tidak dinyatakan tentang jangka masa untuk iPad Mini dihentikan dan jarak waktu untuk iPad Mini 4 masih kekal dijual.

Apple sebelum ini telah menamatkan iPad Mini 2 dengan menghentikan penjualan iPad Mini 4 dengan kapasiti storan 32GB. Hanya storan 128GB ditawarkan untuk peranti iPad Mini 4 pada masa kini. Apple juga telah menggantikan iPad Air 2 dengan iPad 9.7-inci atau ‘iPad 5’ dengan harga yang lebih murah. Pada WWDC 2017 yang berlangsung pada 6 Jun ini mungkin akan memperlihatkan peranti iPad Pro 10.5-inci yang baharu oleh Apple.

Namun terdapat satu teori bahawa Apple akan menjenamakan semula iPad Mini kepada iPad 7.9-inci, sama seperti iPad Air 2 yang digantikan dengan iPad 9.7-inci. Jika betul, mungkin Apple mahu menyusun semula nama produk mereka yang agak kucar-kacir dan berterabur pada waktu ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *