Apple Dilapor Berminat Untuk Membangunkan Satelit Mereka Sendiri

Tidak lagi tersembunyi dimana Apple sedang bekerja keras untuk membawakan inovasi terhadap teknologi Augmented Reality (AR) dan kenderaan autonomi (dalam beberapa kapasiti). Kini, Apple telah mengambil dua bekas pekerja Google yang pernah terlibat dalam pasukan berkaitan teknologi satelit untuk menubuhkan satu pasukan perkakasan terbaru.

Satu laporan terbaru oleh Bloomberg menerangkan secara terperinci tentang pengambilan dua pekerja tersebut. Melalui pengambilan mereka, Apple sedang melihat kepada arena satelit yang kini popular untuk dua tujuan, iaitu sama ada untuk rakaman gambar yang boleh digunakan dalam pemetaan, ataupun untuk komunikasi seperti pemancaran internet ke kawasan pedalaman dan sebagainya.

Gambar oleh firma Aether Industries LLC yang dibeli oleh Apple pada 2015 lepas. Firma ini memfokuskan kepada platform belon pintar untuk menangkap imej udara dengan lebih jelas.

Disamping itu, Apple juga dikatakan telah berbincang dengan pihak Boeing untuk melabur pada salah satu projek – iaitu menawarkan akses jalur-lebar melalui lebih 1000 satelit yang mengorbit bumi pada ketinggian rendah.

Namun, Apple dilihat lebih berminat untuk pasukan yang dibawah John Fenwick dan Michael Trela itu bagi meningkatkan servis pemetaan (Apple Maps sekarang ini) dan mungkin akan diintegrasikan dengan teknologi AR akan datang. Dengan servis Apple Maps kini yang agak perlahan untuk dikemas kini, sudah tentu dengan satelit yang baharu ini akan meningkatkan lagi kualiti servis pemetaan oleh Apple.

 

Sumber artikel: 9to5Mac, iDownloadBlog dan Amanz

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *