Apple Dilapor Mempunyai Berbilang Kumpulan Membangunkan Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar

Seperti yang sedia maklum, ramai menyatakan peranti iPhone yang akan datang bakal menggunakan pengecasan tanpa wayar (wireless charging). Apple sebelum ini sudah pun menggunakan teknologi pengecasan tanpa wayar untuk Apple Watch sahaja. Menurut khabar angin oleh Reuters, Apple dilaporkan mempunyai sekurangnya 5 kumpulan untuk membangunkan teknologi pengecasan tanpa wayar untuk iPhone akan datang.

 

Apple seperti biasa, agak lambat untuk mengimplementasikan suatu fungsi dan teknologi pada produk mereka seperti teknologi NFC dan Apple Pay. Namun, ini adalah perancangan untuk memastikan fungsi dan teknologi tersebut boleh diimplementasi dalam jangka masa yang panjang untuk produk Apple akan datang.

 

Seperti yang sedia maklum, teknologi pengecasan tanpa wayar sekarang ini memerlukan dan menggunakan pelapik untuk pengecasan diaktifkan. Namun, visi Apple ialah ke arah pengecasan jarak jauh yang tidak memerlukan dan menggunakan pelapik dilihat sebagai matlamat jangka panjang yang Apple ingin capai untuk teknologi pengecasan tanpa wayar seperti yang dilaporkan sebelum ini. Sama-sama kita lihat apa yang bakal diperkenalkan pada acara khas Apple akan datang.

 

Sumber: 9to5Mac dan Reuters

Gambar: ON Wireless Charging Case

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *