Apple Dilapor Mempunyai Pasukan Membangunkan Pengesan Untuk Apple Watch Bagi Mengawasi Kandungan Glukosa Dalam Darah

Apple dilaporkan telah mengambil beberapa jurutera bioperubatan untuk membangunkan pengesan kadungan glukosa untuk diintegrasikan pada Apple Watch, salah satu cara untuk mengawasi kandungan gula dalam darah untuk pengguna yang menghadapi penyakit kencing manis/diabetes. Khabar angin ini dibuat dan dilaporkan oleh CNBC.

Projek untuk mengawasi kandungan glukosa ini dikhabar dimulakan oleh bekan CEO Apple, Steve Jobs yang mahu membangunkan pengesan yang berterusan mengawasi kandungan gula dalam darah untuk meningkatkan kualiti hidup. Apple sudah pun terkenal dengan penyelidikan yang turut mempunyai fasiliti khas yang dibangunkan di San Francisco Bay Area dan sedang mengambil beberapa perunding untuk tugasan tertentu.

Khabar angin tentang ini bukan lagi yang terbaru, generasi pertama Apple Watch atau lebih dikenali sebagai Series 0 untuk masa kini yang dahulunya dilaporkan akan berkebolehan untuk mengawasi seperti tekanan darah dan tahap glukosa dalam darah.

Banyak fungsi yang berkaitan dengan pengesan yang Apple mahu integrasikan pada generasi pertama Apple Watch tapi seperti yang dilaporkan, penggunaan teknologi adalah tidak tepat pada waktu itu.

 

Sumber: MacRumors dan 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *