Apple Dilapor Sedang Membangunkan Monitor Dengan Paparan Resolusi 8K

Apple pada sebelum ini dilaporkan sedang membangunkan komputer Mac Pro dengan rekaan modular termasuklah monitor versi ‘Pro’ yang akan disekalikan bersama-sama Mac Pro tersebut.

Apple tidak berkongsi spesifikasi tapi menurut sumber daripada Pike Universum menyatakan monitor tersebut akan mempunyai paparan resolusi 8K. Tiada sebarang maklumat lain berkaitan spesifikasi monitor, tarikh jangkaan diperkenalkan tapi Apple berkata ia tidak dikeluarkan dalam tahun ini.

Apple belum lagi mempunyai monitor yang lebih daripada resolusi 5K seperti yang terdapat pada iMac dengan paparan Retina 5K dan hasil kolaborasi dengan LG bagi menghasilkan monitor UltraFine 5K yang mempunyai masalah  skrin apabila modem Wifi diletakkan di belakang monitor disebabkan tiada bahagian untuk melindungi daripada rangkaian Wifi tersebut

Sebelum ini, Apple telah mengesahkan bahawa mereka tidak lagi terlibat dalam penjualan monitor berasingan selepas menghentikan penjualan monitor Thunderbolt Display. Ia merupakan jalan yang bernas setelah ramai golongan profesional menuduh Apple telah mengabaikan mereka dan faktor masalah skrin monitor UltraFine tersebut.

 

Sumber: Pike Universum, Artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *