Apple Dilaporkan Berminat Untuk Dapatkan Pegangan Saham Utama Dalam Perniagaan Semikonduktor Toshiba

Apple mungkin akan membelanja wang berbilion untuk mendapatkan pegangan saham utama dalam perniagaan semikonduktor Toshiba menurut sumber berita NHK dari Jepun. Sumber yang lain, Reuters pula memetik sumber NHK dengan menyatakan pegangan yang Apple akan dapat mungkin lebih besar daripada 20%.

Bagi mengelakkan daripada konflik yang bakal timbul dengan pihak kerajaan Jepun atas pembelian oleh pembeli luar negara, syarikat Toshiba dilaporkan akan memegang pegangan yang lain bagi mengekalkan separuh pemilikannya untuk negara Jepun. Apple juga dilaporkan akan bekerjasama dengan pembekal Foxconn yang ingin mendapatkan 30% saham syarikat tersebut.

Sebelum ini, pembekal Foxconn dikhabarkan memberi tawaran 3 trillion yen ($30 billion) sebagai pembida persendirian tapi dilaporkan akan ditolak oleh Toshiba disebabkan pembekal Foxconn mempunyai hubungan dengan China, yang terdapat beberapa kilang-kilang beroperasi di sana.

Peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus menggunakan cip NAND/flash storage 32GB, 128GB dan 256GB daripada dua pembekal iaitu Toshiba dan SK Hynix.

Toshiba dijangka akan mengumumkan pembida yang menang untuk perniagaan semikonduktor pada bulan Jun ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *