Apple Dilaporkan Mempunyai 1000 Jurutera Untuk Teknologi Augmented Reality

Memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 untuk iPhone, Apple dilaporkan sedang bertungkus lumus untuk membawakan pelbagai teknologi yang baru pada iPhone tersebut. Beberapa penganalisis menjangkakan pembangunan teknologi augmented reality (AR) sedang dibangunkan oleh sekitar 1000 jurutera yang mungkin akan diimplementasi dan diintegrasi pada iPhone 8/Special Edition tahun ini.

Menurut sumber, projek ini dibangunkan di Israel setelah Apple membeli dan memiliki beberapa syarikat yang memfokuskan pembangunan teknologi AR ini seperti PrimeSense, RealFace dan Metaio dari German. Apple juga dikatakan lebih berminat dalam AR berbanding virtual reality (VR) disebabkan VR memerlukan penggunaan headset bagi melihat kandungan. Contoh penggunaan teknologi AR ialah seperti aplikasi Pokemon Go yang menggabungkan dunia luar dan boleh dilihat melalui kamera.

Selain teknologi AR, Apple juga dilaporkan akan menggunakan skrin melengkung OLED, teknologi pengecasan pantas dan masih menggunakan port Lightning pada iPhone 8/Special Edition tahun ini.

 

Sumber: Business Insider

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *