Apple Find My iPhone Digunakan Untuk Membantu Menangkap Pencuri Telefon Bimbit Di Coachella

Lebih seratus pengunjung festival musik Coachella di Southern California pada minggu ini telah kehilangan peranti telefon bimbit mereka oleh penyaluk saku ketika ramai pengunjung berhimpun. Namun, dengan bantuan Apple Find My iphone telah menyelamatkan peranti yang lain dengan mengesan lokasi telefon yang dicuri. Pencuri tersebut ialah Reinaldo De Jesus Henao dari New York.

Menurut laporan oleh LA Times, lebih 100 peranti telefon pintar iPhone dan Android milik pengunjung festival tersebut telah dicuri oleh seorang penyaluk saku. Apabila mangsa yang mengetahui mereka telah dirompak dan mula mencari peranti mereka menggunakan Find My iPhone, servis iCloud yang dibangunkan oleh Apple untuk mencari peranti iOS yang hilang atau disalah letak.

Selain dari peranti iOS, Find My iPhone juga telah membantu untuk menemukan peranti Android lain yang disimpan sekali dalam beg suspek. Polis telah menahan suspek berumur 36 tahun itu dengan tuduhan memiliki harta curi.

 

Sumber artikel: Apple Insider

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *