Apple iMac 2017 Mula Dijual Di Malaysia

Apple iMac 2017 mula dijual di Malaysia pada hari ini, sejurus selepas beberapa minit diumumkan di World Wide Developer Conference 2017. Tidak hairanlah kenapa Laman Jualan Rasmi Apple Ditutup Menjelang Apple WWDC 2017. Apple iMac 2017 merupakan kemas kini terbaru dari Apple untuk siri model iMac. Kali terakhir siri model iMac ini dikemas kini ialah pada tahun 2015.

Secara asasnya, iMac model baru ini hadir dengan 6 variasi yang dapat dipilih. Tiga daripada enam variasi ini ialah model 21.5 inci. Harganya ialah serendah RM5,099 sahaja. Gambar di bawah memaparkan spesifikasi bagi tiga variasi tersebut.

iMac 2017

Manakala, tiga lagi variasi ialah model 27 inci. Harganya ialah serendah RM7,999 sahaja. Gambar di bawah memaparkan spesifikasi bagi tiga variasi tersebut.

iMac 2017

Apple iMac 2017 ini boleh dilengkapi sehingga Intel Core i7 Generasi ke-7, 64GB RAM dan cakera SSD sehingga 2TB. Menariknya, masa yang diperlukan untuk menghantar iMac selepas pelanggan membuat pesanan di laman web Apple, hanyalah satu hari bekerja sahaja. Ini menunjukkan stok iMac memang sudah ada banyak dan mungkin sudah disimpan di Singapura. Jadi mudahlah untuk dihantar ke Malaysia. Setakat ini, belum ada lagi berita daripada Wakil Penjual Apple di Malaysia seperti Machines, Switch, Mac City dan lain-lain mengenai stok iMac 2017 di kedai-kedai mereka. Jika anda inginkan iMac 2017 ini dengan segera, terus sahaja membuat pesanan di Apple Online Store Malaysia.

 

Sumber: Apple Online Store Malaysia

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *