Apple iOS 11 Dikhabar Akan Menambahkan Ciri Pembayaran Melalui iMessage, FaceTime Video Berkumpulan

Dalam tempoh kurang dari sebulan sebelum acara khas Apple Worlwide Developer Conference (WWDC) berlangsung, terdapat laporan terbaru mengenai apakah ciri dan fungsi yang bakal Apple tambahkan pada sistem operasi iOS 11 kelak. Laporan terbaru ini dilaporkan oleh BGR.

 

Yang paling menarik perhatian ialah ciri pembayaran yang berfungsi melalui perangkai padan (peer-to-peer, [P2P]) menggunakan Apple Pay dan mempunyai modul iMessage yang membolehkan untuk membuat pembayaran wang melalui iMessage. Dengan fungsi pembayaran ini, Apple dilaporkan ingin bersaing dengan Venmo dan Square Cash, servis pembayaran popular – semestinya hanya boleh digunakan di negara United States sahaja.

Ciri yang lain pula ialah panggilan FaceTime Audio secara tetap antara pengguna iPhone yang lain. Kini, FaceTime Audio menggunakan kurang 1 megabyte data untuk satu minit penggilan. Sebarang panggilan dengan bukan peranti Apple akan menggunakan penggunaan panggilan data telco.

Selain itu, untuk ciri FaceTime Video pula akan ditambahkan kepada video secara berkumpulan sebanyak 5 orang dan yang terakhir ciri Low Power Mode akan berfungsi dengan lebih bijak. Sebagai contoh, jika bateri peranti anda pada tahap 20% dan tidak disambungkan dengan sambungan wi-fi, fungsi Low Power Mode akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan bateri ketika menggunakan sambungan selular di luar.

Bersama-sama dengan sistem operasi iOS 11, sistem operasi yang lain seperti watchOS 4, tvOS 11 dan macOS 10.13 dijangka akan diperkenalkan pada acara khas Apple tersebut bermula pada hari Selasa, 6 Jun. Acara itu akan bermula pada pukul 1.00 pagi.

 

Sumber artikel: AppAdvice

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *